Hiburan
#GMWA23: Paling Berpengaruh Merentas Nusantara, Selebriti Digital Tergempak Milik Anna Jobling
Memiliki jumlah pengikut Instagram sebanyak 1.5 juta, pelakon Anna Jobling dipilih sebagai Selebriti Digital Tergempak pada Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.
Anna yang menerima undian 56.30 peratus turut menewaskan empat pencabar terdekat lain iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selain penyanyi Amir Masdi.
BERITA TRENDING: #GMWA23: Sungguh-Sungguh Berkempen, Anna Jobling Serah Kuasa Sepenuhnya Kepada Peminat - "Mereka Tulang…
Anna turut menewaskan dua bintang yang pernah bergandingan dengannya menerusi drama bersiri iaitu Meerqeen dan Amir Ahnaf.
Anna mula menempa nama menerusi drama Melur Untuk Firdaus yang turut memenangi Drama Tergempak pada edisi Gempak Most Wanted Awards yang pertama.
Tidak hanya Malaysia, pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling itu turut meraih populariti di Indonesia menerusi drama sama.
Must-Watch Video