,
Laman Utama

#GMWA23: Gempak Most Wanted Awards 2023 Perkenal 3 Kategori Baharu!

Izwan Isa
30/11/2023
05:25 MYT
Astro kembali mempersembahkan anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23), di bawah jenama Astro Gempak, platform hiburan digital No.1 di Malaysia.
Penganjuran kali ini menampilkan kandungan-kandungan terhangat dan terkini sepanjang 2023 menerusi pengenalan calon-calon Top 20 yang telah disenarai pendek menerusi 9 kategori utama malam semalam.
Penganjuran GMWA23 turut memperkenalkan tiga kategori baharu yang melengkapi kesemua 9 kategori utama, sejajar dengan penglibatan dan perubahan jaringan trend terkini pengguna media sosial.
Kategori-kategori baharu yang turut dibuka untuk undian para peminat termasuk Lagu/Audio Tergempak, Content Creator (Hiburan) Tergempak dan Content Creator (Lifestyle) Tergempak.
Ketua Content Studio, Astro, Syazwan Zakariah menzahirkan rasa teruja dalam menampilkan Gempak Most Wanted Awards 2023 kepada semua peminat Astro Gempak.
“Selaku jenama hiburan No. 1 di Malaysia, kami membuka peluang kepada generasi pencipta kandungan hari ini untuk diberi pengiktirafan dan penghargaan berdasarkan idea dan hasil kerja yang dicurahkan dalam apa jua bidang, terutamanya untuk memberi motivasi, galakan, inspirasi dan hiburan di platform media sosial.
“Menerusi evolusi media digital yang semakin meluas, kami terpanggil untuk memperkenalkan tiga kategori baharu yang menjurus kepada bidang lagu dan audio, serta pencipta-pencipta kandungan yang berunsurkan hiburan dan gaya hidup.
“Justeru, Astro Gempak ingin menerajui alam maya ini dengan mengiktiraf bakat-bakat pencipta kandungan dari pelbagai latar belakang dan bidang. Kami mempelawa semua peminat untuk membuat undian dan menentukan Top 5 dari 9 kategori yang dipertandingkan”, katanya.
GMWA23 dipecahkan kepada sembilan kategori. Berikut merupakan ringkasan bagi setiap kategori yang dipertandingkan:
  1. Lagu/Audio Tergempak: Lagu/Audio yang sohor kini kecuali audio siar (podcast) yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital dan memiliki sekurang-kurangnya 10,000 penggunaan di TikTok di dalam tempoh sah.
  2. Video Tergempak : Video sohor kini merentas semua platform digital yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan dalam tempoh sah.
  3. Video Muzik Tergempak : Video muzik rasmi yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
  4. Drama Tergempak : Drama TV atau siri drama digital yang sohor kini merentasi semua platform digital dan memperoleh sekurang-kurangnya 1 juta tontonan di dalam tempoh sah.
  5. Selebriti Digital Tergempak : Selebriti hiburan sama ada penyanyi, pelakon, pelawak atau pemain muzik berdasarkan tanda pagar yang sohor kini dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
  6. Gamer Tergempak : Personaliti dan individu berbakat yang bermain permainan video elektronik dan memiliki sekurang-kurangnya 50,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
  7. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak : Personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan hiburan seperti Komedi, Ulasan/Reaksi bagi Filem/Drama/Lagu, Meme, Sketsa dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
  8. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak : Personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan Gaya Hidup seperti Fesyen, Masakan/Makanan, Pelancongan, Kecantikan, Teknologi, Automotif dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
  9. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak : Personaliti dan individu berbakat yang menerbitkan kandungan positif atau kerohanian dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.
GMWA23 mengekalkan format penjurian yang sama, di mana para peminat diberi kuasa penuh untuk menentukan pemenang pada setiap kategori. Undian pula dibuka kepada dua fasa yang merangkumi fasa undian menentukan Top 5 yang dipilih daripada senarai pencalonan Top 20 dan fasa undian untuk menentukan pemenang utama.
Pencalonan Top 20 merupakan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna media sosial selama satu tahun, bermula 15 November 2022 hingga 15 November 2023. Calon-calon ini disenarai pendek berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur untuk melayakkan kandungan ini ke Carta Mingguan GMW. Kandungan dalam carta yang berjaya mengekalkan kedudukan lima teratas pada setiap minggu dipilih sebagai calon Top 20, mengikut jumlah mata pada tarikh akhir undian yang ditetapkan.
Undian bagi pemilihan calon Top 5 pula boleh dilakukan di laman rasmi GMW bermula 30 November, jam 8.00 pagi sehingga 30 Disember 2023, jam 11.59 malam. Undian terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia.
Pemenang utama di setiap kategori akan diumumkan pada acara kemuncak GMWA 2023 pada Februari tahun depan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempakmostwantedawards.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#GMWA23: Daniel Ajar Ayat ‘Agittew’, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Calum Scott Nak Sebut - “Selamba Dia Gula-Gulakan Macam Tu”

gempak
29/02/2024
12:55 MYT
Selamba je Daniel kacau Calum Scott.
Terkini

#GMWA2023: Kegagalan Tak Patahkan Semangat Aizat Saha, Lebih Semangat Berkarya! - “Mungkin Ada Rasa Sikit Kecewakan Fans, Cuma…”

gempak
27/02/2024
08:55 MYT
Gagal meraih kemenangan menerusi kategori Video Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23), Aizat Saha menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha pada masa akan datang
Hiburan

#GTheUntoldStory: Wajah-Wajah The Most Wanted #GMWA23!

gempak
27/02/2024
01:59 MYT
Terbaik, terpaling trending sepanjang tahun 2023 menurut undian peminat!
Viral

#GMWA23: “Sebagai Anak Penyu Kami Bangga Dengan Babah!” - Pok Ro Gaming Menang, Peminat Puas Hati

gempak
26/02/2024
14:47 MYT
Tahniah sek Ganu kita.
Hiburan

#GMWA23: “Rasa Macam Peminat Yang Jaga Saya, Mereka Tahu Batas & Jaga Kelakuan” - Khai Bahar

gempak
26/02/2024
12:55 MYT
Khai Bahar terharu sokongan peminat.