,
Laman Utama

#GMWA2022: Ini Sebab Kenapa Video Swipe Challenge Meerqeen, Neelofa Tunjuk Bilal Tercalon Kategori Video Trending Tergempak!

Izwan Isa
16/01/2023
09:50 MYT
Tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi sebelum Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) dijadualkan bakal berlangsung.
Tentu ramai dalam kalangan peminat serta penyokong influencer, content creator dan barisan artis sedang giat mengundi pilihan masing-masing bagi menjuarai kategori yang dipertandingkan.
Sebelum ini Gempak telah mengimbau kembali senarai top 5 bagi kategori Muzik Video Tergempak, kali ini, apa kata kita semak kembali calon-calon top 5 bagi ketagori Video Trending Tergempak.
Adik Curi Frame Awani (Astro Awani)
@501awani Pandai Adik ni cuti frame Firdaus Azil ? #AwaniNews #MalaysiaMemilih #Undi100peratus ♬ original sound - ??Astro AWANI??
Sekitar penghujung tahun lalu, wartawan Astro Awani, Firdaus Azli sedang fokus mengadakan lintas langsung untuk satu laporan berita. Ketika itu, Firdaus sedang berdiri dalam sebuah sungai, yang turut dijadikan lokasi riadah pengunjung. Tanpa disangka, seorang kanak-kanak muncul dan menari di belakang Firdaus. Aksi kanak-kanak tersebut kemudian dimuat naik di platform TikTok Astro Awani dan sekaligus menyorot perhatian netizen.
So You Like Malaysian Girls Ahh? (Mark O’dea & Arieff Yong)
@markodea8 Please dont ask me if i want a cup of tea or a bottle of woah ? #tiktokmalaysia #foryoupage #markodea #fyp #english #harrypotter @arieffyong ♬ original sound - Mark Odea (ALAMARK!)
Bagi pengguna media sosial, sudah pasti dua nama ini, Mark O’dea dan Arieff Yong begitu sinonim sebagai individu yang kerap menghasilkan kandungan buat tatapan pengikut. Menerusi klip berjudul So You Like Malaysian Girls Ahh?, Mark dan Arieff menghasilkan sebuah sketsa yang sambil mimik loghat Inggeris.
Abe Bomba (Nakal Tapi Halal)
@nakaltapihalal
Ketika sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, rakaman anggota-anggota bomba yang mengikuti majlis perarakan viral di media sosial. Selain video, rakaman suara milik akaun Nakal Tapi Halal: “Abang bomba, selamatkan saya” turut menjadi sorotan netizen dan pengguna media sosial.
Swipe Challenge (Meerqeen)
@meerqeen Very the chooooosy one ahhhh ? #fyp #foryou #foryoupage ♬ SWIPE - ALYPH
Sejak lagu Swipe nyanyian Alyph viral di media sosial, banyak cabaran atau challenge menggunakan lagu tersebut bertebaran di media sosial. Antara selebriti yang mengambil bahagia dalam challenge ini termasuklah pelakon Meerqeen. Sehingga kini, video challenge Swipe yang dimuat naik di TikTok itu telah menerima lebih 28 juta tontonan. Hebat!
Anak Neelofa - Bilal (Neelofa)
Selepas Neelofa melahirkan anak sulungnya, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022, usahawan selebriti itu memilih untuk tidak mendedahkan wajah anaknya kepada umum. Jika ada sekalipun gambar yang dimuat naik, wajah Bilal yang dikongsikan pasti ditampal dengan pelekat. Pun begitu, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah Bilal pada 12 Oktober lalu lanjutan daripada beberapa rakaman curi yang dibuat oleh netizen ketika terserempak dengan bekas pengacara MeleTOP itu. Sehingga kini, video yang dimuat naik di Instagram itu telah menerima lebih 870,000 tanda suka.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Store PUMA Malaysia

gempak
11/09/2024
18:55 MYT
Bagi peminat jenama PUMA, kami kongsikanlima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai pelancaran kedai perdana terbesar ini.
Hiburan

Ramai Kata Cringe Dengar Meerqeen Cakap Indonesia, Tuan Badan Tak Marah - “Saya Hanya Ada Masa Lima Hari Untuk Belajar”

gempak
10/09/2024
08:25 MYT
Meerqeen tidak cepat melatah apabila ada yang mengkritik percubaannya bertutur dalam bahasa Indonesia menerusi drama dari seberang berjudul Modus Operandi.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.