,
Laman Utama

#GMWA2022: Content Power, Harumkan Nama Negara, Sofyank Penerima Anugerah Gempak Hall Of Fame

Mya Amri
26/02/2023
15:09 MYT
Pempengaruh media sosial, Sofyank dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gempak Hall of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung sebentar tadi.
"Assalammualikum terima kasih kepada Astro, Astro Gempak dan Era FM. Terima kasih juga kepada sahabat saya yang bersama beri idea ia gabungan kami bertiga.
"Tak lupa terima kasih kepada keluarga saya terutama last sekali isteri saya yang sentiasa temani saya. Waktu saya sibuk ambik video dia yang teman saya busy dia yang tertidur. Malam tak akan hadir tanpa bintang, begitu juga kenapa ada di sini," kata Sofyank
Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah dikenali dalam kalangan netizen sebagai seorang yang mempunyai bakat hebat dengan skil suntingan kesan visual video (VFX).
Malah keunikan bakat Sofyank itu juga mendapat perhatian Hollywood sehingga diundang ke Australia bagi menjalani penggambaran video bersama hero filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, Paul Rudd dan Jonathan Majors.
Sebelum ini, Sofyank mula menarik perhatian netizen selepas menerima jemputan untuk bertemu idolanya, pereka kandungan digital terkenal dunia Zach King, di Jakarta, Indonesia tiga tahun lalu lalu.
Zach King juga merupakan seorang personaliti YouTube dan terkenal dalam menghasilkan video suntingan unik dan kreatif sehingga tontonan lebih satu juta, melalui satu videonya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sofyank Rancang Mahu Buka Syarikat Produksi Sendiri

gempak
02/08/2024
13:55 MYT
Pemenang Anugerah Wall Of Fame Gempak Most Wanted 2022, Sofyank merancang untuk membuka syarikat produksinya sendiri yang menumpukan sepenuhnya kepada teknik kesan visual khas (VFX).
Hiburan

Fazura, Beto Kusyairy Puji Usaha Sofyank & Khairul Aming Beri Kesedaran Tentang Palestin - “Well Done Boys”

gempak
24/05/2024
12:55 MYT
Gabungan kolaborasi pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan pencipta kandungan digital, Sofyank meraih perhatian ramai apabila menghasilkan video infografik bagi menerangkan tentang isu Gaza dan Rafah.
Laman Utama

Sofyank Dah Jadi Bapa, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur - “Jangan CGI Kan Lagi Anak Tu Ya”

gempak
13/12/2023
00:55 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Meremang! Gandingan Sofyank Dengan Beto Kusyairy Terima Pujian Netizen - “Saya Sendiri Yang Pilih…”

gempak
26/08/2023
12:55 MYT
Wah gempak la video!
Laman Utama

“Eh Asal Sofyank Peluk Anak Afdlin Shauki?” - Netizen Terkejut Tengok Foto Mia Sara Dengan Kekasih, Rupa-Rupanya…

gempak
31/07/2023
02:55 MYT
Memang nampak sama! Nama pun sama!