,
Laman Utama

#GMWA2022: Cikgu Zack, Celoteh Dr Malar, Slurpee Crank Bersaing! Ini 5 Calon Penuh Motivator Digital Tergempak, Siapa Bakal Juara!

Syafiqah Jalal
16/02/2023
09:43 MYT
Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) bakal berlangsung iaitu pada 26 Februari ini.
Sudah pasti ramai dalam kalangan peminat serta penyokong influencer, content creator dan barisan selebriti yang tercalon sedang giat mengundi pilihan masing-masing bagi memenangi kategori yang dipertandingkan.
Bagi menghangatkan lagi GMWA2022 yang bakal tiba, Gempak senaraikan lima motivator digital yang tersenarai dalam Motivator Digital Tergempak yang bertanding nanti untuk anda imbau dan ingat kembali mereka yang pernah menjadi trending!

#1 Zack Kirana

Nama cikgu Zack Kirana tidak asing lagi dikalangan anak muda. Personaliti periang, ‘gila-gila’, mudah mesra dan ramah ditambah dengan gayanya yang ranggi telah membuatkan dia mempunyai ramai pengikut di media sosial.
Inisiatif Zack Kirana menggunakan platform media sosial miliknya sebagai medium untuk memperbetulkan tatabahasa mahupun ejaan Bahasa Melayu wajar diberi pujian. Malah komennya yang membetulkan perkataan denyut kepada degup ke dalam lirik lagu Casablanca nyanyian Nuha dan Naufal mendapat pelbagai reaksi netizen.

#2 Dr Malar Santhi

Dr Malar atau nama sebenarnya Dr Malar Santhi Santherasegapan iaitu seorang pegawai perubatan di Malaysia berbangsa India dan beragama Hindu yang mula dikenali menerusi konten Coleteh Dr Malar di TikTok pada tahun lalu.
Mana tidaknya, Dr Malar yang fasih berbahasa Melayu sering menggunakan bahasa yang amat mudahdi fahami khususnya apabila memberi maklumat berkenaan Covid-19. Memang tidak dapat dinafikan penyampaiannya memberi maklumat perihal perubatan yang bersahaja membuatkan orang ramai ‘jatuh hati’ dan tertarik dengan penjelasan sesuatu perkara.

#3 Slurpee Crank

Pempengaruh Slurpee Crank atau nama sebenarnya Muhaamad Hafiz Hamzah semakin dikenali di media sosial terutama TikTok kerana sering memberikan nasihat-nasihat dengan nada lembut dan menusuk ke hati anak remaja. Isu-isu yang dimiankan juga dekat dengan masalah yang dihadapi remaja sekaligus berkongsi pengalaman dirinya yang menjadi pengajaran. Justeru Slurpee menarik minat ramai pengikut di laman sosial untuk mendengar dan mengikuti ceritanya.

#4 Hazeman Huzir

Hazeman Huzir atau Haze pernah popular dengan rancangan Motif Viral satu ketika dulu namun dia membuat pengumuman meninggalkan program terbitan Astro itu secara rasmi selepas dikatan sudah berhijrah dan mahu mengundur diri kerana Allah. Namun kini Haze semakin dikenali selepas bergerak sendiri dalam berkongsi content dan kandungan di YouTube serta media sosial yang berkaitan dengan kehidupan seharian serta isu-isu semasa.

#6 Fathi Hussein

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. Fathi juga dikenali pengajar digelar sebagai ‘SIRpuloh’ yang pernah tular gara-gara mempunyai kemahiran berbeza dan teknik mengajar bagi menyelesaikan subjek matematik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Viral

Guru Bukan Islam ‘Terkesima’ Terima Sejadah, Tasbih Digital Sempena Hari Guru

gempak
17/05/2024
04:30 MYT
Seorang guru terhibur kerana telah menerima hadiah selembar sejadah dan tasbih digital daripada salah seorang anak muridnya sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.
Viral

Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang

gempak
25/04/2024
10:31 MYT
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Laman Utama

Ini Cara Semak Calon & Mengundi ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’!

gempak
09/11/2023
11:57 MYT
Undi podcast kegemaran anda di laman web SYOK
Laman Utama

Akan Ada Servis Pembantu Digital Dalam Kedai, Ini Antara Kolaborasi Proaktif Al Ikhsan Spors & ComeBy!

gempak
12/08/2023
12:17 MYT
Al-Ikhsan Sports mengumumkan perkongsian strategiknya dengan ComeBy, platform analitik runcit yang terkemuka