,
Gaya Hidup

Glenmarie Hotel & Golf Resort Baharu Mekar Dengan Kecantikan Yang Penuh Elegan

Izwan Isa
12/01/2024
13:55 MYT
Mengumumkan pembukaan semula pada tetamu bermula 30 Disember lalu, Glenmarie Hotel & Golf Resort bersedia untuk mendefinisikan semula landskap perhotelan di Shah Alam, Selangor, dengan mengangkat pesona bunga rasmi bandaraya berkenaan, Renantanda (Bunga Anggerik).
Pengurus Besar Glenmarie Hotel & Golf Resort, Cristoph Voegeli berkata, pelbagai nuansa berbeza bakal menanti tetamu, bermula dari ruang legar lobi hinggalah sentuhan wangian yang cukup mengasyikkan.
“Dari lobi yang menawan hingga kamar dan suite yang dihias penuh elegan, ketibaan tetamu disambut dengan aneka rona, tekstur, dan wangian yang bakal membangkitkan rasa tenang dan keindahan alam.
“Kami komited untuk menciptakan pengalaman luar biasa bagi para tetamu dan proses ubah suai ini merupakan sebahagian komitmen tersebut,” katanya.
Sepanjang proses penambahbaikan yang merangkumi kemas kini terhadap semua bilik penginapan, kawasan awam dan bilik mesyuarat, Glenmarie Hotel & Golf Resort masih dibuka kepada tetamu.
Namun, perhatian penuh diberikan buat pelanggan agar penginapan mereka sepanjang proses ubah suai berjalan dengan lancar dengan gangguan minimum.
Proses ubah suai ini dijadualkan selesai pada April 2024, dengan perhatian khusus diberikan untuk meningkatkan pengalaman dan keselesaan pengunjung di setiap sudut penginapan.
Inginkan layanan terbaik selain perkhidmatan mewah dan kemudahan istimewa? Glenmarie Hotel & Golf Resort merupakan destinasi pilihan buat tetamu yang inginkan percutian yang tidak dapat dilupakan.
Trivia:
  • Glenmarie Hotel & Golf Resort yang memiliki 260 bilik ini menghadap padang golf berprestij, Glenmarie Golf & Country Club.
  • Hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 10 minit dari Lapangan Terbang Subang SkyPark.
  • Sementara itu, anda hanya perlu memandu selama 40 minit jika ingin mengunjungi Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Glenmarie Hotel & Golf Resort di 03-7802 5200, e-mel info@glenmarie.com.my atau layari www.glenmarie.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.