,
Berita

Gitaris Legenda Eddie Van Halen Meninggal Dunia, Tinggalkan Kenangan di Lagu Beat It, Michael Jackson

Maliah Surip
07/10/2020
14:20 MYT
Dunia muzik Hollywood hari ini berduka mendapat khabar gitaris legenda, Eddie Van Halen meninggal dunia.
Media antarabangsa melaporkan Van Halen meninggal dunia akibat kanser pada usia 65 tahun seperti yang disampaikan oleh anaknya, Wolf Van Halen di Twitter pada Selasa.
Walaupun sempat pulih dari serangan kanser lidah pada tahun 2002, namun dirinya kembali menderita kanser semula dan tak mampu melawan keganasan penyakit tersebut sehingga meninggal dunia.
Dalam kalangan pemuzik, nama Van Halen dianggap sebagai superhero gitar. Karya atau permainan gitar solonya termasuk di grup Van Halen yang mengambil nama belakangnya begitu dikenali.
Van Halen malah memberikan sentuhan magisnya buat banyak karya lain yang popular termasuk sebuah lagu R&B milik Raja Pop Dunia, Michael Jackson berjudul Beat It.
Dalam temu bualnya bersama CNN pada tahun 2012, sewaktu dia pergi ke Tower Records dan kebetulan lagu Beat It dimainkan, dia mendengar seorang anak berkata; "Dengarkan, orang ini cuba menjadi seperti Eddie Van Halen.
"Dan saya katakan kepadanya, itu memang permainan muzik dari saya."
Pemergian gitaris yang berada di tempat kelapan dalam senarai pemain gitar terhebat oleh Rolling Stone ini membuat banyak selebriti lain bersedih.
Antaranya John Mayer mengungkapkan kesedihannya selepas mendapat khabar kematian Van Halen.
"Eddie Van Halen adalah superhero gitar. Pemuzik dan komposer yang luar biasa baik.
"Dia yang memberi inspirasi buat saya untuk bermain gitar, namun tak ada pernah sama cara permainan saya seperti Eddie Van Halen," tulis Mayer di akaun Instagramnya.
Selain itu pemuzik Country Keith Urban, yang juga terkenal dengan kehebatan gitarnya ikut berbelasungkawa.
"Saya sangat mengaguminya dan berjanji tak akan melupakannya. Ada banyak pemain gitar di dunia, tetapi tak ada yang sejati sepertonya. Dia seperti datang dari planet lain.Saya sangat sedih mengetahui kepergiannya. EVH FOREVER," luah Keith Urban.
Kredit Foto: CNN Instagram: @johnmayer
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.