HIBURAN
Ozempic Viral Untuk Kurus Tapi Dr Say Pesan - “Ini Bukan Ubat Ajaib, Kalau Tak Bersedia Ubah Habit Melantak, Melahap…”
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say Shazril tampil memberikan penerangan berkenaan dengan penggunaan ubat Ozempic yang semakin popular.
Ozempic kawal gula dalam darah
Menurut Dr Say, Ozempic adalah ubat untuk mengawal gula dalam darah bagi pesakit diabetes namun kini digunakan secara meluas khususnya oleh individu yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat.“Meluas yang sampai ada shortage seluruh dunia dari 2022 sehinggalah 2025 disebabkan permintaan lebih dari supply,” jelasnya menerusi video terbaharu di Instagram.“Mungkin ramai pernah dengar atau tengok video dari obes ke slim selepas guna Ozempic. Ia adalah ubat suntikan seminggu sekali untuk penyakit kencing manis type 2. “Tapi sekarang digunakan dengan sangat meluas untuk bantu kurangkan berat badan dengan selamat dan berkesan.
Kata Dr Say lagi, memang benar Ozempic mampu membantu menurunkan berat badan, namun ia bukanlah ubat ajaib.
“Macam mana Ozempic berfungsi? Pertama kurangkan rasa lapar, kedua lambatkan proses penghadaman jadi kita kenyang lebih lama.
“Ketiga dia kawal gula dalam darah dengan lebih baik. Jadi bila kita kurang lapar, kenyang lebih lama, maka kita akan kurang makan, maka hilanglah berat badan kita.
“Yang mana pengguna melaporkan hilang 5 hingga 15 kg dalam masa beberapa bulan. Tapi ini bukan ubat ajaib,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Dr Say, dia percaya bahawa proses penurunan berat badan yang terbaik adalah daripada kesungguhan untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.
“Pemakanan sihat dan gaya hidup aktif masih penting, satu yang saya selalu pesan, kalau tak bersedia nak ubah habit melantak, melahap, makan melampau, percayalah, potong perut pun tak akan berjaya.
“Ozempic ni bagi saya adalah ubat untuk reset. Reset balik diri kita yang mungkin jauh sesat dok cari dessert viral, pastri viral, tiramisu viral.
“Kalau dalam tempoh reset ini anda berjaya tukar gaya hidup, berhenti Ozempic pun anda akan kekalkan berat badan baharu anda,” ujarnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Dr Say:
Must-Watch Video