,
Viral

GISB: Buku Al-Arqam, Jadual Zikir Aurad Muhammadiyah Cuba Ditanam & Dibakar, Dirampas

Gempak
22/09/2024
02:55 MYT
Sebanyak 285 barangan berkaitan ajaran Al-Arqam, gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994, ditemukan dalam serbuan ke atas 19 premis berkenaan GISB Holdings Sdn Bhd (GSBH) di sekitar Melaka hari ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata antara barangan yang dirampas dalam Op Global bermula 5 pagi dan berakhir 5 petang itu ialah 12 keping gambar pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad yang turut dikenali sebagai Abuya
"Turut dirampas 138 buku berkaitan Al-Arqam yang diharamkan oleh Fatwa Melaka termasuk Aurad Muhammadiyah, jadual Zikir Aurad Muhammadiyah, diari catatan tentang ajaran Al-Arqam dan 33 unit cakera padat berkaitan ajaran Al-Arqam," katanya dalam kenyataan.

BERITA TRENDING: Hanya Seorang Daripada 26 Anak CEO GISBH Bukan Pengikut

Beliau berkata selain itu turut disita tujuh telefon bimbit, sebuah komputer riba, dua set komputer, sebuah cakera keras luaran, sebuah peralatan WiFi dan 87 unit barang-barang lain termasuk serban Al-Arqam.
Seramai 19 kanak-kanak berjaya diselamatkan dalam operasi yang disertai 72 pegawai dan anggota pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) itu.
Selain itu, 11 individu iaitu tiga lelaki dan lapan perempuan, berusia 18 hingga 45 tahun turut ditahan kerana disyaki masih mengamalkan ajaran Al-Arqam.

BERITA TRENDING: CEO GISB, Isteri Antara 19 Individu Ditahan - KPN

BERITA TRENDING: Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

BERITA TRENDING: Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah, Mohon Ikat Jamin Ringan Kerana Baru Timang Anak Ke-10

"Kesemua yang disyaki, ditahan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut manakala kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah, dibawa ke rumah jagaan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar