,
Laman Utama

Giliran Haji Pada Tahun 2062, Saharul Ridzwan Tak Tahu Sempat Pergi Atau Tidak - “Tak Tahu Waktu Itu…”

Izwan Isa
05/04/2022
05:50 MYT
Ketika artikel ini ditulis, pelakon dan usahawan Saharul Ridzwan telah pun selamat sampai ke Mekah bagi menunaikan umrah.
Menariknya, kepergiannya ke Mekah bersama isteri, Deena Emir seiring dengan kedatangan bulan Ramadan yang baru sahaja disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.
Menerusi temu bual bersama Gempak seminggu sebelum keberangkatannya ke kota suci tersebut, Saharul berkata, dia memang mengimpikan untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini di sana.
“Bulan puasa ini, saya sambut kedatangan Ramadan di Mekah dan Madinah. Saya dan isteri berangkat pada 2 April dan kami akan berjumpa dengan abang Faizal Ismail di sana. Saya dan isteri akan berada di sana sekitar dua minggu sahaja,” katanya.
Mengikut perancangan asal, Saharul sebenarnya teringin untuk mengerjakan ibadah haji. Namun, harapannya itu mungkin belum kesampaian memandangkan gilirannya masih jauh ke depan.
“Pada asalnya, saya mahu kerjakan ibadah haji bersama isteri. Tetapi giliran mengerjakan haji pula jatuh pada tahun 2062. Tak tahu waktu tu hidup lagi ke tak.
“Jadi, saya pasang niat nak buat umrah pada bulan puasa kerana ustaz saya pernah berkata yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ganjarannya seperti mengerjakan umrah dengan baginda Rasulullah.
“Alhamdulillah niat saya dimakbulkan dan semoga saya mendapat umrah yang mabrur dan ganjaran pahala seperti yang dikhabarkan insya-Allah,” katanya.
Ditanya, adakah dia tidak mahu mengeluarkan sedikit belanja dan mendapatkan khidmat agensi swasta, Saharul berkata, dia ada terfikir untuk berbuat demikian. Cuma belum tahu adakan permohonannya itu akan diterima atau tidak.
“Bajet untuk pergi bersama isteri dengan agensi swasta ada, cuma kami masih perlu buat rayuan. Tapi, mana tahu, kalau ada rezeki Tabung Haji akan luluskan,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, sekembalinya Saharul ke ibu kota, dia akan terus aktif berniaga sebelum menjelangnya hari raya.
Syarul mendirikan rumah tangga bersama Deena pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Sukan

Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus

gempak
11/08/2024
18:48 MYT
"Saya dah janji nak bawa ibu bapa pergi Umrah," kata pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, yang terkilan tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun peluang itu sudah berada di depan matanya.