Laman Utama
Gigih Bantu Ibu & Bayi Ambil Foto Passport, Dua Pegawai Imigresen UTC Sentul Ini Terima Pujian Netizen
Dua orang pegawai Imigresen yang bertugas merakamkan foto bagi urusan passport seorang bayi berusia enam bulan mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi platform TikTok, ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Shahira Shaharudin berkongsi momen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul itu untuk tatapan umum.
Pada perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, si ibu yang memangku bayinya duduk di hadapan kamera manakala seorang pegawai wanita mengeluarkan permainan untuk menarik pandangan bayi berkenaan pada lensa.
Seorang lagi pegawai meletakkan tabir putih di hadapan wajah ibunya agar ia tidak terpapar di dalam foto.
@ierashrdn
Mummy puas hati ????♬ Oh No - Caps Tik Tok
Terharu melihat usaha pegawai terbabit, ibu kepada bayi yang dilahirkan pada Oktober 2021 itu meluahkan ucapan terima kasih di atas kerjasama pihak Imigresen dalam memastikan urusan berjalan lancar.
“Thank you abang dan kakak Imigresen UTC Sentul,” tulisnya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kegigihan pegawai-pegawai imigresen tersebut dalam memudahkan urusan pengambilan foto passport bayi tersebut.
“@Norlizaazien Azien:sis.. i rasa imigresen tu standby bawak mainan baby, sebab dia dah tau nak kena buat apa.”
“@rojackwan:Good officer and thanks to both of them.”
“@Abi Saif :Ni baru betul mesra rakyat.”
“@Nour:Haha berusaha ya. Kudos team imigresen!”
“@Jack:THIS IS THE CUTEST THING EVER”
“@Cik_Honeybee:comellll! bagus betul abang dan akak imigresen.”
“@namadiberi...:Ooo camni rupanya ambik gambar budak-budak.”
“@aminah_aryan:terbaikla.. memang win cara imegresen kerja..mudahkan kerja org awam.”
Sehingga kini, perkongsian yang dimuat naik sehari yang lalu telah menerima hampir 7 juta tontonan dengan 600,000 tanda suka daripada warga TikTok.
Must-Watch Video