,
Laman Utama

George Clooney & Julia Roberts Kembali, Kali Ini Misi Selamatkan Perkahwinan Anak

Maliah Surip
28/02/2021
04:50 MYT
Pasangan ikonik Hollywood, Julia Roberts dan George Clooney kembali digandingkan dalam sebuah naskhah baharu.
Kali ini, mereka akan terbabit dalam naskhah yang ditulis oleh Ted Melfi berdasarkan idea cerita Parker dan Daniel Pipski.
Ia diberi judul Ticket to Paradise dan akan menyaksikan mereka menjadi pasangan pasangan suami isteri yang sudah berpisah.
Antara lokasi yang menjadi pilihan kru produksi ini adalah Bali. Mengikut laporan media antarabangsa, Clooney dan Roberts akan 'terbang' ke Bali untuk menghentikan perkahwinan anak mereka.
Misi kali ini adalah untuk menghalang anak perempuan melakukan kesalahan yang sama seperti pernah mereka lakukan 25 tahun lalu.
Namun, sehingga artikel ini ditulis belum banyak butiran yang diberikan pihak produksi.
Meski demikian, portal Slashfilm melaporkan naskhah ini dibikin untuk diputarkan di pawagam berbanding untuk pasaran stream yang menjadi satu alternatif baharu sejak lebih 10 tahun lalu.
Menurut laporan tersebut. Ticket to Paradise diharapkan dapat menjadi filem romantik yang mengembalikan semangat dan perkembangan semula pawagam yang tenat sejak pandemik COVID 19 melanda dunia.
Roberts, 53, dan Clooney sebelum ini pernah digandingkan dalam beberapa filem pecah panggung termasuk sebagai Tess dan Danny Ocean dalam naskhah Steven Soderbergh iaitu Ocean’s Eleven, Ocean’s Twelve dan Ocean’s Thirteen.
Kredit Foto: Variety
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.