,
Laman Utama

Geng Sakau vs Hantu Ting Tong, Papar Ragam Tiga Sahabat Berdepan Gangguan Mistik Next Level Di Flat

Mya Amri
28/09/2023
03:57 MYT
Selepas kerjasama melalui Cicakman 3, kini KRU Studios dan Astro Shaw kembali bekerjasama dengan penerbitan filem berjudul Geng Sakau vs Hantu Ting Tong.
Filem komedi seram arahan Waan Hafiz ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Bell Ngasri, Shashic Lewan, James Arokisamy, Nabila Razali, Aziz M Osman, Chew Kin Wah dan Chelsea Ng.
Menurut Penerbit Eksekutif Geng Sakau vs Hantu Ting Tong, ini merupakan antara persediaan KRU Studios untuk memasuki semula gelanggang pengedaran filem mulai tahun depan.
“Selepas melalui tempoh pandemik, ini merupakan kali kedua KRU Studios menerbitkan filem untuk pengedaran secara “Pay Per View” menerusi Astro First.
“Tahun lepas dengan kerjasama Bloombordia, pihak kami telah mengeluarkan filem “7 Hari Sebelum Kahwin” dan kini “Geng Sakau vs Hantu Ting Tong” bersama Astro Shaw.
“Ini sebagai persediaan awal kami untuk memasuki semula gelanggang pengedaran filem mulai tahun depan.” ujarnya mewakili KRU Studios.
Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Geng Sakau vs Hantu Ting Tong iaitu Raja Jastina Raja Arshad berkata pihak rasa berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi dengan KRU Studios menerusi naskhah eksklusif untuk platform Astro First.
“Filem komedi seram ini sesuai untuk ditonton secara beramai-ramai bersama insan tersayang, di samping mampu membawa penonton keluar seketika dari tekanan dengan berhibur menerusi babak-babak mencuti hati.
“Sementara itu, naskhah ini menonjolkan menonjolkan masyarakat majmuk di sebuah flat di bandaraya Kuala Lumpur yang berdepan dengan masalah mistik dan kecurian bungkusan barangan (parcel).
“Topik yang dipersembahkan memang berlaku di luar sana dan baru-baru ini telah tular. Jadi kami mengharapkan filem ini dapat menyampaikan mesej positif serta memikat hati penonton,” ujarnya.
Saksikan Geng Sakau vs Hantu Ting Tong mulai 5 Oktober di pawagam rumah anda iaitu Astro First (saluran 480).
Sinopsis:
Geng Sakau vs Hantu Ting Tong ini mengisahkan tentang kehidupan penduduk flat yang menjadi kucar kacir apabila mereka mula diganggu oleh makhluk ghaib.
Gangguan itu berlaku apabila sekumpulan penyakau yang diketuai oleh Amir (Bell Ngasri) mencuri pakej yang mengandungi sebuah batu permata yang telah lama hilang dan menjadi punca kepada gangguan makhluk mistik yang menghantui penghuni flat tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.