gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Astro Shaw Kongsi Imej Eksklusif Filem-Filem Terbaharu 2025
BERITA
Remaja Dakwa Dirasuk Ketika Bunuh Ibu Sedang Solat
HIBURAN
Sophia Albarakbah Minta Netizen Henti Ungkit Kontroversi Lama - “Sedangkan Allah Pun Ampunkan Hambanya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Didie Shazry & Keka Bercinta? Ini Jawapan Tuan Badan - “Doa Yang Baik-Baik…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
04/08/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Didie Shazry & Keka Bercinta? Ini Jawapan Tuan Badan - “Doa Yang Baik-Baik…”
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Didie Shazry menolak dakwaan dia sedang menjalinkan hubungan cinta yang serius bersama Keka.
Jelas Didie, hubungan yang kelihatan mesra antara mereka hanyalah sebahagian daripada usaha untuk mencipta keserasian dalam persembahan, khususnya untuk minggu pertandingan tersebut.
“Kami buat untuk minggu ini sahaja untuk mendapatkan keserasian itu, jadi kami buat-buat bercinta selama seminggu.
“Alhamdulillah apa yang kami lakukan berjaya disampaikan dengan baik semasa di pentas sebentar tadi,” kata Didie kepada Gempak.
Dalam pada itu, Keka berkongsi usaha tersebut merupakan pendekatan kreatif mereka dalam membina hubungan kerja yang harmoni dan serasi meskipun tidak sering bertemu.
Usaha itu menjadikan mereka lebih bersemangat dan teruja untuk memberikan persembahan yang terbaik bersama di pentas.
“Kami tidak hari-hari berjumpa, jadi untuk memupuk rasa itu kami cari sesuatu untuk mencipta keserasian. Bila kami tukar nama macam tu kami nampak nama itu semasa hantar text rasa itu ada.
“Perkara itu membuatkan kami lagi teruja untuk melakukan persembahan bersama,” tambah Keka.
Keka dan Didie juga meminta peminat untuk mendoakan terbaik untuk mereka berdua di dalam pertandingan tersebut.
“Kami tidak kisah kalau ada yang ship kami, doa yang baik-baik,” ujar mereka berdua sebelum menutup perbualan.
Keka dan Didie Shazry menarik perhatian juri dan penonton selepas berjaya menyampaikan lagu Hal Hebat di pentas separuh akhir Raise The Star Malaysia.
Topic Berkaitan
#Bercinta
#Raise The Star Malaysia
#Keka
#Didie Shazry
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement