,
Laman Utama

Genap Usia 18 Tahun, AC Mizal Hadiahkan Kereta Mewah Serba Biru Untuk Anak Bujang

Azwa Rahman
11/05/2022
09:53 MYT
Pengacara tersohor Datuk AC Mizal menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz untuk anak bujangnya, Muhammad Reeve Damien bersempena sambutan ulang tahun ke-18.
Menerusi laman sosial Instagram, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 51, memuat naik video momen membuat kejutan tersebut yang turut dihadiri oleh isterinya, Emylia Rosnaida.
“Buat anak lelaki kami, Reeve Damien, anda membahagiakan kami setiap tahun dan anda terus mengisi kehidupan kami dengan senyuman dan hati baik anda.
“Terima kasih kerana menjadi anak lelaki yang cukup hebat. Saya sangat bangga dengan anda,” tulis mereka berdua di ruangan kapsyen.
Pada perkongsian berdurasi empat minit itu, pasangan tersebut membawa dua orang anak mereka ke gedung kereta mewah sebelum Damien melihat sendiri kereta mewah serba biru miliknya lengkap beriben merah.
AC kemudian dilihat mencium pipi anaknya sambil meraikan momen tersebut bersama dengan sebiji kek hari lahir.
Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya cukup teruja dengan hadiah yang dipamerkan.
Sekadar info, AC berkahwin dengan Emylia pada 2002 dan hasil perkahwinan, pengacara itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Reeve dan seorang anak perempuan, Fea Eryssa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Laman Utama

Belum Bersedia Jemput Afdlin Shauki & Awie Sebagai Tetamu, AC Mizal - “Bayaran Perlu…”

gempak
17/03/2023
12:00 MYT
AC Profesional
Hiburan

"Bukan Senang Cari Peniaga Melayu Macam Ni" - AC Mizal Puji Usaha Gigih Pengasas Sellection, Miliki Butik Besar Di Wangsa Maju!

gempak
06/02/2023
02:00 MYT
Sellection dah ada butik besar di Wangsa Maju!
All Together Now 2021

ATNMY: Makin Hampir Ke Penghujung, Tiga Aspek Penting Ini Perlu Dijaga Setiap Peserta!

gempak
02/11/2021
10:15 MYT
Tinggal dua minggu sahaja lagi, program All Together Now Malaysia (ATNMY) akan menjengah ke konsert akhir.
Laman Utama

ATNMY: Apabila Markah Peserta Seri, Ini Kriteria Pilihan AC Mizal!

gempak
21/09/2021
11:40 MYT
Menggalas tanggungjawab selaku ketua juri di All Together Now Malaysia (ATNMY) tentunya bukan perkara mudah buat selebriti terkenal, Dato' AC Mizal (DAC).