,
Laman Utama

Genap 3 Bulan, Madammu Dedikasi Foto Wajah Anak Buat Yang Mengikuti Perjalanan IVF

Syafiqah Jalal
08/09/2023
08:43 MYT
Usahawan terkenal, Madammu buat pertama kali berkongsi wajah cahaya matanya yang baru dilahirkan tiga bulan lalu.
Madammu atau nama sebenarnya Eryica Baiduri berkata puteranya yang diberi nama Ahmad Kayden Muhammad Azri itu kini semakin sihat dan aktif malah suka ketawa.
“Assalamuikum Aunty semua, Saya Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri! Saya anak bongsu kepada Madammu & TP.
“Hari ini genap umur saya 3 bulan, berat badan saya hari ini 6.2kg. Saya sangat active dan suka ketawa!,’ tulisnya.
Madammu berkongsi kegembiraan itu di akaun Instagram miliknya berserta gambar anak lelakinya.
Dalam hantaran yang sama, Madammu memberitahu foto itu didekasi khas buat penngikutnya yang selama ini mengikuti perjalanankaedah In Vitro Fertilisation (IVF) sejak 7 Jun tahun lalu.
“Gambar ni khas untuk Aunties yang mengikuti journey IVF Mummy saya dari awal sehingga berjaya.
“Tidak lupa kepada Dr Haris ( Dari Alpha Fertility, Dr Datuk Aziz (dari Prince Court) yang banyak membantu Mummy saya dalam proses IVF dan melahirkan saya,” kongsinya.
Menerusi entri yang sama, Madammu turut mendoakan agar putera kesayangannya itu membesar dengan baik dan menjadi anak yang baik dan taat.
“Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik & jadi anak taat serta berjaya. I love you Aunties,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut memuji wajah comel Kayden yang dikatakan persis wajah ibunya. Malah hidung mancung Kayden juga menarik perhatian ramai.
“Alahai comelnya, macam mommy dia,” kata seorang pengikutnya.
“Susah nak kata comel sebab dia dah Nampak handsome,” puji seorang netizen.
“Tingginya hidung Kayen,” komen seorang warga maya.
Madammu berkahwin dengan suaminya, Muhammad Azri Che Noh atau dikenali dengan gelaran TP (tuan penasihat) duda anak tiga di usia 25 tahun selepas tamat pengajian universiti. Tiga orang anak tirinya bernama Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar