,
Laman Utama

Gen Alpha Tak Kenal Along Spoon, Tapi Rindu Serindu Rindunya Lagu Legend!

Maliah Surip
17/11/2023
06:50 MYT
Berita pembebasan bekas anggota polis, Mohd Ya'cob Demyati, 57, dari Penjara Kajang kerana membunuh vokalis kumpulan Spoon, Along, mewarnai media massa tempatan semalam.

BERITA TRENDING: Pembunuh Along Spoon Terlepas Penjara Sepanjang Hayat

Mahkamah Persekutuan Putrajaya meminda hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap Mohd Ya’acob kepada pemenjaraan 33 tahun dan dibebaskan hari ini kerana sudah dikira selesai menjalani hukuman itu.
Laporan pembebasan Mohd Ya’acob menarik perhatian ramai kerana mangsa kejadian iaitu Along merupakan seorang penyanyi popular semasa hayat.
Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik, disahkan meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999.
Sebelum dilaporkan hilang pada 25 Disember, Along sedang menjalani dunia glamor selepas kumpulan yang dianggotainya, Spoon menjadi pujaan peminat sekitar akhir tahun 90-an.
Allahyarham Along bersama kumpulan Spoon yang ketika itu dianggotai Shanaz (pemain dram), Yahaya (bes), Boy (gitar utama) dan Nurul (gitar kedua) menjadi terkenal apabila single pertama mereka, Rindu Serindu Rindunya meledak di radio.
Lagu Rindu Serindu Rindunya diciptakan oleh komposer Eddie Hamid dan liriknya menerima sentuhan Man Toba.
Berbekal album pertama dengan nama Spoon yang dirilis pada 1998 dan lagu Rindu Serindu Rindunya, kumpulan ini menjadi kugiran baharu paling popular sebelum era 2000.
Album yang diterbitkan Childplay Music Productions itu telah terjual sehingga 100,000 unit.
Mahu mengakui atau tidak, generasi 80-an membesar dan menikmati alunan mendayu-dayu nyanyian Allahyarham menerusi Rindu Serindu Rindunya.
Jika generasi Alpha tidak mengenal siapa Along, generasi 80-an setuju untuk mengatakan jika pemuda belasan tahun tersebut mempunyai raut wajah tampan dengan senyuman manis dan penampilan baik — cukup pakej menjadi seorang artis atau vokalis dunia muzik tempatan.
Meski pembabitan Allahyarham dalam dunia seni tidak lama, namun Spoon sempat menghasilkan beberapa karya selain Rindu Serindu Rindunya buat peminat.
Ia termasuklah lagu seperti Mengecap Bahagia, Sekali Lagi, Memori Sekuntum Rindu dan Puncak Rindu Kasih Sayang.
Selepas pemergian Along, posisinya sebagai vokalis Spoon sempat digantikan oleh adiknya, Azlong pada 2000 namun tidak kekal dan meninggalkan kumpulan tersebut pada 2001.
Begitulah serba sedikit mengenai Allahyarham Along dan lagu Rindu Serindu Rindunya yang akan terus hidup dalam kalangan peminat.
Lirik Lagu Rindu Serindu Rindunya
Berikanlah jawapan Huraikanlah simpulan Biar tenang jiwaku Setelah kasih lama berlalu Tidak mungkin kulupa Perjanjian kita Di bawah rumpun bambu Di kala bulan sedang beradu Mengapa terjadi perpisahan ini Di kala asmara melebar sayapnya Mengapa kau pergi di saat begini Di kala hatiku terlukis namamu Kalau memang tiada jodoh Apalagi nak ku heboh Aku malu pada teman pada semua Rindu, rindu serindu rindunya Namun engkau tak mengerti Pilu, pilu sepilu pilunya Namun engkau tak perduli Malu, semalu malunya Namun apa daya orang tak sudi Mahu, semahu mahunya Namun apa daya orang dah benci Mengapa terjadi perpisahan ini Di kala asmara melebar sayapnya Mengapa kau pergi di saat begini Di kala hatiku terlukis namamu Kalau memang tiada jodoh Apalagi nak ku heboh Aku malu pada teman pada semua Rindu, rindu serindu rindunya Namun engkau tak mengerti Pilu, pilu sepilu pilunya Namun engkau tak perduli Malu, semalu malunya Namun apa daya orang tak sudi Mahu, semahu mahunya Namun apa daya orang dah benci Berikanlah jawapan Huraikanlah simpulan Biar tenang jiwaku Aku malu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.