,
Terkini

#GempakWrapped2023: Abang Tesla & Alif Teega Kahwin 2, Peti Ais Mahal Syamimia, Nasi Goreng Ikan Masin Dahlia & Persona Palsu Liana Beep Beep

Izwan Isa
23/12/2023
09:55 MYT
Sepanjang 2023, pelbagai kisah daripada individu yang popular di media sosial mencuit ‘kewarasan’ netizen.
Berikut merupakan ledakan influencers yang disebut-sebut oleh banyak orang kerana pelbagai kisah:
Abang Tesla Kahwin 2 Bertiketkan Keikhlasan Isteri Pertama Kisah Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri berkahwin dua menimbulkan impak yang luar biasa hebat dalam kalangan netizen. Apatah lagi saat sebelum bernikah dengan isteri kedua, Nur Syafiqah Mohd Hanafi, Abang Tesla merakamkan dirinya mengimamkan solat Subuh terakhir bersama isteri pertama, Nurmajdina Jamari sebelum mereka melangkah ke fasa hidup bermadu.

BERITA TRENDING: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”

​BERITA TRENDING: #GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan…"

​BERITA TRENDING: Netizen Perasan Abang Tesla Dah Jarang Ada Dengan Isteri Pertama? - "Allah Ada Kak Maj, Bersandar Pada Dia"​

Hanya Kerana Peti Ais Syamimia… Kisah wanita bernama Syamimia ini sebenarnya bukanlah satu hal yang rumit. Dia tular di laman sosial gara-gara rumah flat yang didiami dihias cantik, lengkap dengan peti sejuk jenama mahal. Namun, populariti harus ada bayarannya. Kontroversi demi kontroversi mula hinggap tatkala namanya mula mekar sebagai pempengaruh. Bermula dengan keengganan bercakap tentang isu Palestin, membawa kepada isu patung perhiasaan yang diletakkan di rumah, memiliki peti ais jenama lain tetapi meletakkan logo peti ais jenama mahal, sehinggalah yang terbaharu mempromosikan produk yang dikatakan menyokong zionis.

BERITA TRENDING: Syamimia Dikecam Enggan Kongsi Kesedaran Isu Palestin Di Media Sosial

BERITA TRENDING: Peti Ais SMEG Syamimia Bukan Ori, Tempah Pembalut & Logo Tiruan!

BERITA TRENDING: Syamimia Mohon Maaf Isu Palestin & Patung David - “Saya Masih Muda & Buat Kesilapan”

Air Mata Zhiddin Buat Netizen Cepat Berpaling Tadah Isu mengenai Zhiddin Aziz mula tercetus selepas anak kepada Allahyarham Aziz Desa itu mendakwa namanya digugurkan pada saat akhir pada sebuah anugerah. Sungguhpun menerima simpati netizen, namun, situasi berputar 180 darjah apabila dia didakwa menciplak teks pidato yang pernah digunakan oleh juara pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2011 Kategori Nusantara iaitu Amirrudin Abd Rahman.

BERITA TRENDING: Anak Arwah Aziz Desa Didakwa Ciplak Teks Juara Pemidato Dunia, Abang Tampil Beri Penjelasan

BERITA TRENDING: Pernah Kena 'Cuit', Baby Shima Sindir Zhiddin Aziz 'Terpaling Ikon'!

Nasi Goreng Ikan Masin Pemanis Hidup Berumah Tangga Dahlia Rizal, Imran Aqil Siapa Dahlia Rizal? Kenapa namanya tiba-tiba menjadi sebutan? Dahlia Rizal merupakan seorang pempengaruh popular. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Imran Aqil, yang juga merupakan selebriti media sosial, nama Dahlia semakin ranum disebut orang. Bermula dengan solekan yang viral pada hari pernikahan, Dahlia terus mencuri perhatian apabila memasak nasi goreng ikan masin sebagai hidangan pertama untuk suami.

BERITA TRENDING: Ramai Puji Mekap Pengantin Dahlia Rizal Cantik, Rupanya Ada Satu Step Sengaja Ditinggalkan…

BERITA TRENDING: Nasi Goreng Ikan Masin Hidangan Pertama Dahlia Rizal Untuk Suami

BERITA TRENDING: Dahlia Rizal Dah Lama Impikan Majlis Resepsi Tema Bollywood - "Tak Risau Sebab Keluarga Imran Ada…​"

Ribut ‘Persona Palsu’ Liana Beep Beep Kontroversi yang melanda Liana Beep Beep, influencer yang popular sebagai tukang ulas makanan di TikTok merupakan antara kontroversi yang paling hangat diperkatakan sepanjang 2023. Bermula dengan pendedahan sebuah syarikat yang mendakwa wataknya di platform itu hanyalah persona yang direka, isu berkenaan terus dipanjangkan sehingga ia menjadi isu mahkamah.

BERITA TRENDING: Dituduh Langgar Kontrak, Liana Beep Beep Tampil Bersihkan Nama​

Teganya Alif Teega Menduakan Isteri Pertama Bikin Gelegak Emosi Netizen Hal ehwal rumah tangga pempengaruh terus meledak di media sosial. Kali ini berhubung dengan pendedahan Alif Teega yang sudah berkahwin dua. Lebih memburukkan keadaan, berita tersebut disusuli dengan dakwaan Alif pernah mengasari isteri pertamanya, pempengaruh Aisyah Hijanah.

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

BERITA TRENDING: Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?​

Ammar Nazhan Dicemuh Hanya Kerana Kentang Goreng Pempengaruh bernama Ammar Nazhan mencuri perhatian beberapa ketika dahulu selepas mimik wajahnya ketika menikmati kentang goreng menjadi cemuhan ramai orang. Namun, Ammar baru-baru ini sedar akan kekurangan yang ada padanya dan telah pun memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melakukan face shaming terhadap dirinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#GempakWrapped2023: Serangan Ke Atas Gaza, Zayn Rayyan, Nahas Pesawat Di Elmina Antara Tragedi Duka Sepanjang Tahun

gempak
31/12/2023
08:55 MYT
Imbas kembali tragedi duka yang berlaku sepanjang 2023
Hiburan

#GempakWrapped2023: Artis Berkelahi, Bertumbuk, Bercerai, Menyondol, Buka Tudung, Segalanya Yang Panas Tahun Ni!

gempak
29/12/2023
12:02 MYT
Jom recap!
Hiburan

#GempakWrapped2023: Rumah Tangga Dilanda Badai...Mawar Rashid, Syamsul Yusof & Jovian Mandagie Antara Selebriti Yang Berpisah Tahun Ini

gempak
29/12/2023
08:55 MYT
Semoga yang terbaik buat selebriti-selebriti ini
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Mak Cik Marhaban, Aizat Saha, Adib Banana Dibs, Nisa Ai Antara Yang Tiba-Tiba Popular Tahun Ini

gempak
26/12/2023
09:55 MYT
Antara yang tiba-tiba popular sepanjang 2023
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Gemilang Dunia Sukan, Tumbukan 36 Saat Jojo, Rekod Legosam, Sensasi Pecut Qabil Irfan, Cemerlang Regu Aaron Chia & Soh Wooi Yik

gempak
25/12/2023
13:55 MYT
Gempak Wrapped 2023 edisi sukan.