,
Laman Utama

#GempakWrapped2022: Cerita Panas Dunia Selebriti, Ini Yang Paling Trending & Kontroversi!

Syafiqah Jalal
31/12/2022
03:48 MYT
Tahun 2022 menyaksikan pelbagai cerita dan kisah selebriti dari suka, duka dan tidak kurang juga yang ‘panas’ sebagai asam garam kehidupan.
Selebriti juga manusia biasa tidak dapat lari dari melalukan kesilapan dan kekhilafan , setiap yang buruk pasti menjadi tauladan buat mereka.
Sebagai pengajaran buat selebriti lain dan kita sebagai manusia, Gempak senaraikan cerita trending dan kontroversi selebriti sepanjang 12 bulan ini.

#1 Neelofa Dedah Wajah Bilal

Selepas usahawan pengacara popular, Neelofa melahirkan anak sulungnya Muhammad Bilal, netizen mula mengasaknya supaya mendedahkan wajah bayinya.
Malah mula tular foto seorang bayi yang didakwa netizen adalah putera Neelofa dan PU Riz. Pelbagai reaksi netizen terhadap tindakan Neelofa yang bertahan tidak mendedahkan wajah anaknya sehingga usia lima bulan.
Video yang dikatakan dirakam secara sembunyi, dipercayai diambil di sebuah klinik.
Susulan itu Neelofa dilaporkan terkilan dengan tindakan pihak berkenaan kerana dia dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail sudah merancang untuk memperkenalkan Bilal.
Namun, teka-teki wajah cahaya mata Neelofa terjawab apabila dia mendedahkan wajah anaknya kepada umum dalam satu perkongsian video di media sosial, Oktober lalu.
BACA: [VIDEO] Neelofa Akhirnya Dedah Wajah Bilal

#2 Ismail Izzani Gosip Hamilkan Gadis & Tular ‘Bercium’ Di Kelab Malam

Nama penyanyi Ismail Izzani agak panas pada tahun ini. Bermula dengan satu hantaran DM (mesej Instagram) yang tular menuduh Ismail sudah berkahwin dengan seorang wanita kerana melakukan seks rambang sehingga wanita terbabit mengandung.
Namun ibu kepada Ismail sendiri telah menafikannya serta mendakwa foto yang tular seperti mereka sudah bernikah itu diambil ketika majlis perkahwinan rakan anaknya.
BACA: Ibu Nafi Ismail Izzani Sudah Bernikah
Dalam tahun yang sama juga nama Ismail menjadi panas apabila videonya tular bersosial dengan memeluk dan cium seorang wanita di kelab malam. Penyanyi itu mengelak memberi kenyataan kepada media namun sempat menjelaskan di IG Story bahawa ia satu kesilapannya dan meminta maaf.
BACA: Isu Video Bercium Ismail Izzani Elak Media

#3 Noh Salleh Ludah Atas Pentas

Selepas bercerai dengan Mizz Nina, nama Noh Salleh tidak lama kemudian menjadi sebutan selepas dikecam hebat apabila video memaparkan aksi vokalis kumpulan Hujan itu meludah di atas pentas.
Aksi itu dirakam ketika menjayakan sebuah persembahan, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, September lalu.
Dalam video tersebut, Noh dilihat tanpa rasa bersalah meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.
Pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad, tampil menjelaskan bahawa Noh terkena sedikit renjatan elektrik kerana mikrofon dipegang mengalami masalah ketika meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya.
Katanya, disebabkan itu Noh secara spontan meludah di atas pentas bagi menghilangkan rasa kebas di mulut.
BACA: [VIDEO] Noh Salleh DIkecam Kerana Meludah, Hampir Kena Penonton

#4 Dolla Seksi, Baju Mencolok Mata

Isu pakaian seksi dengan penyanyi wanita berkumpulan, Dolla tidak asing lagi namun kali ini mereka dikecam teruk susulan tampil dengan imej dan busana mencolok mata dalam festival muzik yang berlangsung di sebuah taman tema air popular, September lalu.
Rata-rata netizen berpendapat Dolla tidak mencerminkan imej sopan diterapkan di kalangan rakyat Malaysia.
Namun Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya sepakat telah meminta maaf secara terbuka denga napa yang berlaku malah akan lebih berhati-hati di masa hadapan.
BACA: Baju Seksi, Dolla Tampil Mohon Maaf

#5 Qistina Raisah, Remaja 14 Tahun Bercinta Lelaki Dewasa

Tahun ini, nama pelakon remaja Qistina Raisah beberapa kali menjadi perbualan hangat netizen dan paling dikecam teruk apabila dia memuat naik foto bersama seorang lelaki.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Qistina bergambar bersama seorang lelaki yang dipercayai adalah teman lelakinya dengan kapsyen nama akaun Instagram lelaki terbabit serta emoji hati.
Susulan daripada hantaran berkenaan, warganet meluahkan rasa bimbang kerana pelakon terbabit baru sahaja berusia 14 tahun dan lelaki di dalam gambar itu kelihatan agak dewasa.
Dalam pada itu, netizen turut memberi pesanan kepada lelaki tersebut supaya menamatkan hubungan jika benar mereka bercinta.
BACA: Qistina Raisah Jawab Bergambar Dengan Lelaki Berusia

#6 Yasin Didakwa Edar Dadah, Berdepan Hukuman Mati

Bekas penyanyi nasyid dan komposer lagu, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium, 24 Mac lalu.
Pelantun lagu Mimpi Laila itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin.
Yasin turut tidak mengaku salah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Dia mendakwa menghidap penyakit bipolar dan merayu kepada Mahkamah Majistret diberikan jaminan
BACA: Syed Sadiq Hadir Sebutan Kes Yasin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.