,
Hiburan

#GempakTop2020 : Pandemik Tak Halang 10 Filem Ini Terus Menyerlah!

Badrul Hashim
20/12/2020
16:46 MYT
Industri filem boleh dikatakan agak ‘tenat’ tahun ini apabila wabak COVID-19 menjadi penghalang untuk orang ramai datang ke pawagam.

Malah, ada panggung wayang yang terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat bertahan dengan ketiadaan penonton.

Begitu juga impaknya terhadap pembikin filem. Lihat saja bagaimana syarikat besar seperti Marvel atau Disney berulang kali menunda tarikh tayangan Mulan dan juga Black Widow.

Jika luar negara pun sudah tertunda, inikan pula di Malaysia.
Mujur terdapat platform seperti Astro First yang membolehkan orang ramai menonton filem baru hampir setiap bulan.

Persoalannya, apakah filem yang benar-benar menonjl tahun ini? Jom ikuti kami mengimbas semula 10 filem yang beraksi cemerlang tahun ini!

Perlu diingatkan senarai ini tidak mengikut urutan dan dipilih secara rawak.

1 Mael Totey

Daripada YouTube masuk ke gelanggang filem!

Syahmi Sazli mungkin antara nama yang paling disebut-sebut tahun ini apabila filem pertamanya berjaya mencapai kutipan tertinggi dalam sejarah Astro First.

Biarpun tidak mempunyai bajet yang besar iaitu sekitar RM400,000, namun Mael Totey The Movie (MTTM) berjaya menghasilkan filem yang sarat dengan isu kemasyarakatan, OKU dan nilai murni.

Tidak cukup dengan itu, karya Syahmi Sazli ini juga mendapat perhatian beberapa pengarah senior lain.
Difahamkan, kutipan terkini MTTM yang ditayangkan melalui Astro First telah berjaya mengutip RM7 juta. Syabas anak muda!

2. M4M4

Filem MAMA lakonan hebat Nabila Huda ini ditayangkan sebelum pandemik bermula iaitu sekitar Februari.

Filem bergenre thriller ini berjaya memberi sedikit kelainan buat penonton yang dahagakan filem sebegini khususnya daripada karya tempatan.

Menerima ulasan yang positif daripada pengkritik serta penonton, menjadikan MAMA antara yang popular tahun ini.

3. Keluarga Iskandar The Movie (KITM)

Sebuah lagi naskah yang menyerlah tahun ini apabila sebuah drama siri diangkat menjadi filem.

Lawak yang modern, penuh elemen keluarga serta dibintangi ramai pelakon hebat dan otai, KITM antara filem yang wajib ditonton ketika pandemik sekitar Julai 2020.

Populariti filem ini sangat hebat hingga ramai pengikut setianya meminta untuk naskah yang ketiga.

4. The Garden of Evening Mists (TGOEM)

Karya terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu mengetengahkan latar belakang zaman penjajahan Jepun yang menampilkan barisan pelakon dari pelbagai negara.

Filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Tan Twan Eng itu mula ditayankan sekitar pertengahan Januari.

TGOEM telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuklah sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse Ke-56

Menerusi acara itu, TGOEM menang Anugerah Rekaan Kostum & Solekan Terbaik.

Malah baru-baru ini juga TGOEM, berjaya merangkul anugerah Filem Cereka Terbaik (Best Feature Film) di Asian Academy Creative Awards (AACA).

5. Roh

Filem seram ini mendapatkan reaksi yang bercampur baur pada awalnya apabila ramai yang keliru dengan jalan ceritanya.

Namun, buat pengkritik filem, Roh disifatkan sebagai filem yang berkualiti dan berseni.

Atas faktor ini, Roh telah menimbul pendebatan orang terutama di media sosial.

Ada yang suka dan ramai juga yang tidak, sekali gus menjadikan karya arahan Emir Ezwan itui menjadi filem yang diperkatakan ketika itu.

Roh menerima kutipan sebanyak RM522,000 di pawagam sebaik kerajaan membenarkan pawagam kembali beroperasi Ogos lalu.

Roh juga terpilih mewakili negara bagi penyertaan filem ke Academy Awards ke-93 atau Oscars pada April tahun depan.

6. Mulan

Bermula dengan animasi terbitan Disney, Mulan kemudian diangkat sebagai filem ‘live-action’ dan telah pun ditayangkan di pawagam sekitar September lalu.

Walaubagaimapun, disebabkan pandemik yang tidak berkesudahan mungkin ramai peminat yang terlepas untuk menonton filem ini.

Biarpun begitu, filem ini tetap menjadi sebutan kerana ramai penonton khususnya peminat Disney mahu menontonnya dalam bentuk ‘live action’.

Mulan juga dibintangi oleh pelakon gred A seperti Jet Li, Donnie Yen dan Gong Li.

7. Tenet

Belum tayang di pagawam saja, orang ramai sudah ‘naik hantu’ menantikan filem terbaru Christopher Nolan.

Selepas Inception, Interstellar, The Dark Knight Rises, Transcendence, Dunkirk, Christopher Nolan muncul dengan karya hebat Tenet.

Mengangkat tema perbezaan masa, Tenet antara filem yang hebat diperkatakan terutama di media sosial.

Ada yang memuji kehebatan filem ini, namun tidak kurang juga yang sedikit kecewa apabila ia tidak sebagus Inception.

Apapun ulasan diterima, Tenet kekal menjadi antara filem popular tahun ini.

8. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini

Buat pertama kali secara eksklusif, Astro Shaw menayangkan filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) yang belum pernah ditayang di pawagam terus ke rumah penonton.

Biarpun filem ini bukanah ‘selera’ sesetengah penonton, namun ia telah menerima pujian daripada orang ramai termasuklah pengkritik filem.

Malah, ia menjadi filem wajib tonton buat mereka yang meminati filem Indonesia.

Perjalanan cerita NKCTHI secara umumnya berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai kerenah masing-masing. Karakter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza.

9. Sebelum Iblis Menjemput 2

Selepas menggegarkan Indonesia, filem Sebelum Iblis Menjemput 2 terus menghantui seluruh pawagam di Malaysia pada September lalu.

Biarpun pandemik masih berlaku, namun filem ini dengan beraninya masih memasuki pawagam.

Mungkin disebabkan kehebatan filem pertamanya yang popular membuatkan pengarahnya percaya ramai akan menonton dikala pandemik.

Apapun, tiada siapa boleh nafikan keseraman filem pertamanya.

Sebelum Iblis Menjemput 2 diklasifikasi amat seram apabila fizikal hantu yang dipaparkan sangat mengerikan.

Walaubagaimanapun, rata-rata pengkritik filem menyifatkan sekuel kedua ini kurang menyegat berbanding pertamanya.

10. Syif Malam Raya

Siapa boleh menafikan tahun ini juga antara rezeki buat Syahmi, Asif dan Yoe untuk menyerlah di layar filem.

Biarpun filem ini mendapat reaksi bercampur baur oleh pengkiritik filem, namun populariti YouTuber ini menjadikan Syif Malam Raya sangat popular.

Rata-ratanya menyukai jalan cerita dan lawak bersahaja yang ditunjukkan oleh Syahmi, Asif dan Yoe bersama kumpulan Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif dan Syaiful.

Selain itu, tayangan filem ini yang bergenre komedi seram ketika sambutan Hari Raya, menjadikan ia bertambah popular dalam kalangan penonton.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.