,
Berita

#GempakTOP2020: Dari Dynamite, Sakit, Intentions, Semua Menuai Sukses Dikala Pandemik Covid 19

Maliah Surip
22/12/2020
15:20 MYT
Pandemik Covid yang melanda dunia sempat membuat banyak karyawan seni bimbang tentang hala tuju dan sambutan karya mereka.
Namun ternyata, ia memberi hikmah. Lewat platform media sosial yang menjadi 'jambatan' muzik dan peminat, karya yang dihasilkan tetap disambut dengan cukup baik.
Berikut merupakan lagu pilihan #GempakTOP2020 untuk tahun 2020.
1. Dynamite (BTS)
Siapa yang boleh menidakkan kemashyuran grup dari Korea Selatan, BTS di tahun 2020.
Single Inggeris pertama mereka, Dynamite bukan sahaja sekali lagi berjaya mencuri hati para ARMY dan peminat muzik, namun lagu tersebut mencetak sejarah tersendiri apabila menjadikan BTS sebagai artis Korea Selatan pertama yang menduduki tangga pertama di carta lagu utama Billboard Amerika Syarikat.
“BTS meraih no 1 pertama di carta lagu Billboard Hot 100 menerusi Dynamite,” lapor Billboard sebelum ini.
Klip videonya sehingga kini telah ditonton lebih 700 juta tonton.
2. How You Like That (BLACKPINK)
How You Like That milik Blackpink yang dilancarkan pada Jun 2020 menjadi salah satu lagu paling popular sekaligus mengukuhkan kedudukan grup wanita ini dalam peta muzik dunia.
Saat klip videonya dilancarkan, lagu ini telah disaksikan oleh lebih 86.3 juta tayangan hanya dalam tempoh 24 jam. Sehingga artikel ini ditulis, klip video ini telah ditonton sebanyak 700 juta tontonan.
3. Sakit (YONNIBOY & ZYNAKAL)
Terkandasnya Sakit dari mara masuk ke final Anugerah Juara Lagu 35 menuai banyak kontroversi. Dari penggiat seni sehingga pecinta muzik, semua melihat Sakit berpotensi menjadi sebuah lagu yang diangkat terbaik pada tahun ini. Muzik dan mesej liriknya dilihat begitu dekat dengan kebanyakan orang.
Spotify juga merekodkan, Sakit sebagai salah satu lagu yang paling banyak distreaming pendengar. Sehingga kini lebih 35 juta tontonan didapati dari klip video ini.
4. Sembah (NAIM DANIEL X MAN KEEDAL)
Sembah juga kandas untuk mara ke final Anugerah Juara Lagu 35, namun lagu milik Naim Daniel ini merupakan salah satu lagu paling banyak distream oleh pendengar di Spotify pada tahun ini.
5. Aku Bidadari Syurgamu (DATUK SITI NURHALIZA)
Aku Bidadari Syurgamu adalah salah satu single yang termuat dalam album terkini Datuk Siti Nurhaliza, ManifestaSITI2020.
Ia juga menjadi OST untuk drama yang ikut meledakkan lagu ini menjadi salah satu paling popular dan disukai banyak orang.
6. Savage Love (JASON DERULO)
Lagu dengan genre Hip Hop/ Rap ini menjadi salah satu yang sangat popular sepanjang tahun 2020.
Ia dinyanyikan oleh Jason Derulo, Jawsh 685 menerusi album Savage Love (Laxed - Siren Beat).
Selain digemari banyak pendengar dari corong radio dan masuk dalam carta Billboard, Savage Love cukup popular dalam aplikasi Tik Tok.
7. Pulang (K-CLIQUE)
K-CLIQUE dengan lagu Pulang melonjakkan reputasi mereka sebagai penyanyi generasi baharu yang berjaya mengumpul kelompok peminat menerusi lagu ini. Pulang bukan satu satunya lagu menjadikan K-CLIQUE popular, tetapi turut menjadikan mereka sebagai kumpulan paling banyak distream Spotify pada tahun ini.
8. Intentions (JUSTIN BIEBER)
Intentions adalah single kedua daripada album kelima Justin Bieber yang rilis pada Februari 2020.
Duduk dalam Billboard Hot 100, klip videonya sudah ditonton lebih 70 juta kali, Intentions juga menjadi kegilaan remaja masa kini.
9. Peluang Kedua (NABILA RAZALI)
Muzik video lirik untuk Peluang Kedua mencatat hampir 3.5 juta tontonan di YouTube. Ia turut mendapat lebih 1,000 nyanyian semula sebelum pelancaran rasmi pada 16 April 2020 dan kini menjadi salah satu calon lagu final Anugerah Juara Lagu 35
10. Menghapus Jejakmu - Ariel & BCL
Menghapus Jejakmu versi Ariel Noah dan Bunga Citra Lestari (BCL)
Ditonton sebanyak 74juta kali sejak dilancarkan klip videonya pada Februari 2020, Menghapus Jejakmu versi Ariel Noah dan BCL ini mencuri perhatian peminat kerana 'manisnya' kolaborasi yang terjalin.
Menghapus Jejakmu adalah lagu lama saat Ariel bersama grup lamanya, Peterpan pada tahun 2007. Sehingga kini klip videonya sudah ditonton sebanyak 74 juta tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.
Viral

Mahu Buktikan Diri Tak Bersalah Kes Bunuh, Lelaki Lakukan Sumpah Pocong

gempak
11/08/2024
15:20 MYT
Seorang lelaki yang selesai menjalani hukuman penjara susulan dikaitkan dengan kes pembunuhan Vina di Cirebon pada 2016, tampil melakukan perbuatan 'sumpah pocong' bagi membuktikan bahawa dia tidak terlibat dalam kes tersebut.
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.