Hiburan
#GempakTop2020: Among Us Permainan Mobile Terbaik 2020! Kalahkan Call Of Duty &...
Disebabkan tahun ini merupakan tahun ‘duduk rumah’, maka selera orang ramai terhadap permainan mudah alih juga telah berubah.
Jika sebelum ini permainan berkonsepkan Role Playing Games (RPG) atau Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) menjadi kegilaan, namun lainnya pula buat 2020.
Buktinya, The Game Awards 2020 yang merupakan anugerah tahunan untuk industri permainan memilih Among Us sebagai permainan mudah-alih terbaik.
Kemenangan Among Us itu sekali gus telah mengalahkan Call of Duty: Mobile, Genshin Impact, Legends of Runeterra, dan Pokémon Café Mix untuk kategori sama.
Selain itu, Among Us turut menggungguli kategori Best Multiplayer mengalahkan permainan berprestij lain seperti Animal Crossing: New Horizons, Call of Duty: Warzone, Fall Guys, dan Valorant.
Untuk rekod, Among Us yang dibangunkan InnerSloth mencapai populariti pada tahun 2020 walaupun permainan ini telah diumumkan tahun 2018 lalu.
Populariti Among Us mencanak naik apabila orang ramai mula mencari permainan yang lebih memerlukan interaksi khususnya dalam berdepan dengan pandemik COVID-19.
Permainan ini mempunyai grafik yang ringkas tetapi keseronokan utamanya adalah ketika bermain yang bergantung kepada tipu daya dan kelicikan pemain untuk menyelesaikan objektif.
Alert the crewmates! @AmongUsGame wins their second award of the night for Best Mobile Game presented by #LGWing & @Qualcomm Snapdragon! #TheGameAwards ?? pic.twitter.com/SQcwrSoFkP
— The Game Awards (@thegameawards) December 11, 2020
Must-Watch Video