,
Hiburan

#GempakSpotlight : Lima Selebriti Wanita Bertaraf Ikon Fesyen Dalam Industri Hiburan

Asraf Aided
16/08/2019
12:54 MYT
Fesyen merupakan elemen penting dalam karier seseorang selebriti, ia mampu mencerminkan aura dan persona bagi mewujudkan penjenamaan diri mereka dalam industri.
Kali ini, ruangan Gempak Spotlight menampilkan lima selebriti wanita yang layak dilabel sebagai ikon fesyen dalam industri hiburan tanah air.
Neelofa
Penampilan Neelofa tidak pernah menghampakan tidak kiralah ketika dia mengacarakan program televisyen, mahupun menghadiri majlis-majlis glamour.
Selebriti yang juga usahawan berjaya ini sering menyarung helaian mewah tempatan dan juga antarabangsa. Neelofa juga kerap diundang oleh pelbagai jenama gah antarabangsa untuk hadir ke pertunjukan fesyen mereka di luar negara.
Scha Alyahya
Citarasa berfesyen isteri kepada aktor Awal Ashaari ini juga tidak kurang hebatnya. Scha sering kelihatan elegan tanpa terlalu mencuba.
Lihat sahaja penampilannya di pelbagai acara hiburan tempatan, dari penggayaan rambut, solekan, busana dan pemilihan sepatu, semuanya sempurna!
Nur Fazura
Kejelitaan aktres kelahiran Pahang ini seiring dengan citarasa fesyennya. 'Sweet and elegance' itulah perkataan yang mampu menggambarkan penampilan isteri kepada Fattah Amin ini.
Chanel merupakan salah satu jenama kegemarannya, selain itu, Fazura juga kerap kelihatan menjinjing bag birkin dari Hermes.
Zahirah Macwilson
Aktres Zahirah Macwilson juga harus berada dalam senarai ini. Zahirah tidak pernah gagal menyerlahkan keanggunan dirinya ketika berfesyen.
Bakal isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza ini sentiasa kelihatan chic dan sangat feminin, sesuai dengan tuan empunya diri!
Yuna
Penyanyi popular bertaraf antarabangsa ini juga wajar diberi pujian. Yuna bukan sahaja melakar kejayaan yang membanggakan dalam bidang muzik di persada Hollywood, malah gaya dan citarasa fesyennya sering menjadi perhatian ramai.
Yuna amat sinonim dengan gaya unik dan eksentrik. Citarasanya dalam berpakaian sering menjadi ikutan wanita berhijab di luar sana.
Demikianlah senarai lima selebriti wanita bergaya yang layak digelar ikon fesyen dalam bidang hiburan di Malaysia. Mereka bukan sahaja berjaya, malah tak kurang juga hebatnya apabila bergaya!
Kepada pencinta fesyen, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) bakal kembali buat tahun yang ketujuh.
Ia bakal berlangsung pada 21 hingga 25 Ogos ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pementasan fesyen dan momen menarik sepanjang acara ini di platform Gempak tidak lama lagi.
Topik apakah yang bakal dibincangkan dalam ruangan Gempak Spotlight pada minggu hadapan? Nantikan!
Selamat berhujung minggu kepada anda seisi keluarga!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#GempakSpotlight : Penampilan Lima Selebriti Malaysia Di Minggu Fesyen New York 2019

gempak
12/09/2019
09:14 MYT
Gaya Hidup

#GempakSpotlight: Barisan Lima 'It Model' Di Pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019

gempak
26/08/2019
06:20 MYT
Gaya Hidup

#GempakSpotlight : Ini Barisan Lima Pereka Fesyen Berprofil Tinggi Di Malaysia ​

gempak
08/08/2019
11:51 MYT
Gaya Hidup

#GempakSpotlight : Ini Barisan Lima Jurusolek 'A-List' Di Malaysia

gempak
02/08/2019
11:43 MYT
Hiburan

#GempakSpotlight : 'Classy & Fabulous'...Ini Lima Lokasi Percutian Mewah Di Seluruh Dunia

gempak
26/07/2019
12:17 MYT