,
Laman Utama

#GempakKeliwon: Pocong Berguling Depan Mata Lepas Balik Tengok Kuda Kepang! Rupanya Isim...

Kak Gee
04/03/2021
15:27 MYT

Semuanya berlaku ketika aku ditugaskan ke Batu Pahat, Johor sekitar 2015.

Ketika itu aku tinggal bersama seorang lagi housemate di sebuah rumah teres, berhampiran bandar Batu Pahat.

Tapi kisah seram itu bukan lah berlaku di rumah sewa walaupun ada juga kisah pelik yang akan aku ceritakan kemudian.

Apa yang aku nak cerita kali ni berlaku ketika aku melawat seorang pengamal perubatan yang juga pengajar tarian kuda kepang.

Aku pergi atas dasar kerja ketika itu.

Sampai je ke rumahnya aku disambut dengan baik oleh pemuda bernama Kamisan.

Dia kemudian jemput aku masuk biliknya yang dipenuhi dengan barang mistik seperti jenglot, rambut dan kain bunian, keris dan macam-macam lagi lah.

Katanya kebanyakan barang dijumpai di Gunung Ledang. Yup! Gunung Ledang!

Katanya di situ jugalah tempat pengamal kuda kepang bertapa bagi mendapatkan isim.

Apa pula isim? Katanya bermain kuda kepang bukan kosong semata-mata, pemain perlu ada isim.

Ini bercakap tentang persembahan real kuda kepang, bukan tarian persembahan kebudayaan yang ada lihat di majlis-majlis.

Nak pendekkan cerita aku dan seorang lagi kawan tengok la persembahan itu.

Jauh masuk ke dalam kampung, dah macam dekat tengah-tengah hutan!

Mula je persembahan aku dah seram sejuk, tak tahu la kenapa memang lain macam betul.

Rasa tak tenteram tu membuak-buak lepas tengok pemain kuda kepang dah start naik syeikh.

Habis kaca, api dipijak-pijaknya, lepas tu buah kelapa dengan selamba diorang gigit. Mau tak terbeliak mata aku.

Akal pemikiran modern aku ni tercabar memikirkan logik di sebalik semua ni. Entah berapa kali aku meremang.

Habis je persembahan, badan aku lemah sangat, mata pun macam kabur-kabur. Macam tengah high.

Kawan aku pun bawa la aku balik, masa tu sekitar jam 2 pagi.

Waktu nak lalu jalan ke rumah aku dah tak sedap hati, macam ade je benda melintas. Tapi dalam hati, mungkin sebab sakit kepala jadi mata pun bergoyang-goyang.

Aku cuba sedapkan hati sampailah aku ternampak perempuan berbaju putih duduk atas pokok. Mengucap aku, menakutkan weh muka dia seram gila.

Kawan aku yang tengah drive pun terkejut tengok aku tiba-tiba mengucap.

“Man ko jangan macam-macam, jalan ni gelap ni” katanya.

Baru aku nak terangkan pada dia tiba-tiba dia stop kereta……

Kawan aku tiba-tiba senyap. Aku pandang dia muka pun dah pucat.
Bila aku tanya kenapa dia suruh aku pandang depan. Nak tahu apa yang kitorang nampak?

Pocong berguling perlahan-lahan depan mata kami!

Bayangkan jalan gelap, hanya lampu kereta je yang menyuluh tepat pada pocong tu.

Dua-dua diam, terpaku, tak mampu nak kata apa.

Hanya mampu biar dia bergolek melintasi jalan.

Ada kalanya perlahan je dia bergolek seperti tahu yang dia sedang diperhatikan.

Sesekali terdengar bunyi kain pocong bergeser dengan permukaan jalan. Sumpah seram!
Masa tu aku berdoa janganlah kau bangun lepas tu pandang kami.TOLONGLAH!
Aku dah separuh nyawa dah, sampailah aku terniat naik pandang cermin belakang! Ya Allah!

Esoknya aku jumpa balik Kamisan dan ceritakan apa yang terjadi, dia pun terkejut.

Katanya mungkin aku lemah semangat dan mungkin juga serpihan isim kuda kepang tu melekat di badan aku menyebabkan aku ternampak benda bukan-bukan.

Soal pocong pula katanya, benda tu mungkin kebetulan atau nasib kami.

Aku bertanya, kenapa pocong bergolek dan bukan melompat.

“Melompat? Dalam filem boleh lah” katanya sambil tersenyum sinis.

Aku pulang dengan 1001 persoalan, adakah pocong melompat atau berguling?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar