,
Hiburan

Gempak Review : Filem Zombie Terbaik? Peninsular Buktikan Ia Sehebat Karya Sebelumnya!

Hanafis Haris
27/11/2020
09:12 MYT
Filem Peninsula boleh dikatakan sebagai filem paling ditunggu-tunggu tahun ini.
Semuanya gara-gara kejayaaan filem Train To Busan yang telah mencetuskan fenomena seluruh dunia.
Disebabkan itu, ramai yang menantikan kehadiran Peninsula yang mungkin menjawab persoalan apakah yang terjadi selepas adegan di Busan.
Namun, persoalannya di sini, adakah Peninsula dapat meneruskan kejayaan Train To Busan?
Ini antara lima sebab mengapa anda perlu tonton Peninsula.

#1 Lebih Dark Daripada sebelumnya!

Jika dibandingkan dengan filem pertama Train To Busan, Peninsula daripada pengamatan penulis adalah lebih dark cara garapannya.
Meneliti dari segi sinematografi, color grading serta plot ceritanya, ia kelihatan lebih misteri dan dark daripada filem pertama.
Anda akan merasai vibe yang berlainan ketika menonton filem ini.

#2 Lebih Suspen

Apabila garapan pun sudah kelihatan lebih ‘dark’ maka ia secara tidak langsung membuatkan Peninsula sebuah filem yang penuh dengan adegan suspen.
Banyak babak yang tidak dijangka berlaku memandangkan beberapa babak itu agak gelap dan kurang cahaya. Sedar-sedar saja sudah ada zombie di hadapan mata!

#3 Penampilan Watak Baru

Perlu diingatkan filem ini mengisahkan babak yang terjadi di kawasan lain dan bukannya di Busan.
Namun, kisah wabak zombie di Busan turut diceritakan sedikit dalam filem ini.
Timeline sama, tetapi kawasannya berbeza dan oleh itu barisan wataknya juga baru.

#4 Babak Kejutan!

Peninsular boleh dikatakan agak unik kerana ia turut memaparkan babak aksi yang agak lari daripada filem zombie lain.
Paling membuatkan penulis tergamam adalah aksi seoalah-olah filem Fast and Furious.
Melarikan diri daripada dikejar zombie dengan aksi sebegitu sememangnya lit!

#5 Penampilan Pelakon Malaysia

Jangan tak tahu kerana Peninsula turut mengetengahkan pelakon Malaysia iaitu Bella Rahim.
Melakonkan watak Mejar Jane, wataknya boleh dikayakan cukup penting dalam sebuah filem antarabangsa.
Meskipun hanya sekadar cameo, namun impak Mejar Jane cukup meninggalkan kesan. Syabas!
Secara keseluruhannya Peninsular masih menarik untuk ditonton terutamanya yang meminati filem Train To Busan.
Namun, untuk menjawab adakah Peninsular lebih bagus daripada Train To Busan, itu semua terletak pada pandangan penonton itu sendiri.
Rating Gempak : 6.5/10
Untuk menyaksikan Peninsular, anda boleh sewa di Astro First (Saluran 480) atau On Demand Store.
Hanya sambungkan PVR Box anda ke Wi-Fi dan strim pada bila-bila masa.
Muat turun juga aplikasi Astro GO untuk strim filem-filem blokbuster dalam keselesaan rumah anda. Untuk maklumat lanjut, sila ke content.astro.com.my.
Gambar: Gamespot.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sekolah Menengah K-Pop Dibuka Di Busan Pada 2028!

gempak
08/01/2024
05:28 MYT
Sekolah itu bakal menyediakan pelajaran mengenai vokal, tarian dan instrumen serta kesenian lain.
Laman Utama

Alamak! Satu Kampung Jadi Lesu Macam Zombie Ke? Apakah Puncanya? Boleh Ke Dato' Sri Siti Nurhaliza & Lee Minho Bantu Dengan CUCKOO Ni?

gempak
13/04/2023
03:06 MYT
Kalau nak lawan lesu, kenalah ada CUCKOO!
Laman Utama

Wajah Disunting Seperti Zombie, Dr Rafidah: “A++ For Efforts, Gigih Betul Anti Vaksin…”

gempak
08/02/2022
02:40 MYT
Melampau! Sudahlah sebar dakyah tak benar, tak beradab pula tu!
Laman Utama

Dadah Jenis Bombe Mampu Tukar Manusia Jadi Zombie? Tidur Berjalan Selama…

gempak
26/10/2021
14:03 MYT
Alamak lain macam!
Laman Utama

Paling Ramai Cameo! Ini 5 Sebab Anda Perlu Tonton Filem Mat Bond Malaya

gempak
26/07/2021
11:25 MYT
Rugi kalau tak tengok!