,
Berita

Gelora Udara: "Kami Fikir Akan Mati" - Penumpang Air Europa Kongsi Pengalaman Ngeri

Awani
03/07/2024
00:42 MYT
Enam penumpang antara berpuluh yang cedera dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Madrid masih menerima rawatan di Brazil, di mana pesawat itu terpaksa membuat pendaratan kecemasan, kata Air Europa pada Selasa.
Sejumlah 303 penumpang lain telah tiba ke Montevideo dengan selamat, sehari selepas mengalami kejadian yang menakutkan, tambah syarikat penerbangan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Pesawat Boeing 787-9 Dreamliner, dalam perjalanan ke Uruguay yang membawa 325 penumpang, terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang di Natal pada awal pagi Isnin, selepas mengalami kejadian "gelora udara", menurut syarikat penerbangan itu.

BERITA TRENDING: Penyiasat Cipta Animasi Tunjukkan Keadaan Singapore Airlines Berdepan Insiden Gelora Udara

BERITA TRENDING: Gelora Udara: Begini Cara Untuk Memastikan Keselamatan Diri Ketika Insiden

BERITA TRENDING: Ini 6 Kejadian Gelora Udara Yang Melibatkan Pesawat Singapore Airlines Sejak 2004

BERITA TRENDING: Seorang Maut Selepas Penerbangan Singapore Airlines Dari London Dilanda Gelora Udara

Sejumlah 40 penumpang telah dikejarkan ke beberapa hospital dan klinik di Natal akibat kecederaan yang dialaminya, kata urusetia kesihatan Rio Grande do Norte.
Menurut Air Eropa, antara kecederaan yang dialami penumpang termasuk kesan lebam.
"Ketika ini hanya enam penumpang masih menerima rawatan di hospital di Natal dan ditemani teman seperjalanan.
"Sejumlah 303 penumpang yang lain telah tiba di Montevideo awal pagi Selasa selepas menaiki bas dari Natal ke Recife, kemudian diterbangkan ke ibu negara Uruguay menaiki pesawat lain dari Madrid.
"Air Europa kesal yang kejadian yang berlaku serta segala kesulitan yang dialami penumpang," kata syarikat itu lagi.
Pihak berkuasa Brazil berkata, antara mangsa yang cedera termasuk warganegara Sepanyol, Argentina, Uruguay, Israel, Bolivia dan Jerman.
Menurut seorang penumpang, Evangelina Saravia kepada agensi berita Teledoce, kejadian gelora udara berlaku selama 20 minit sebelum pesawat itu tiba menjunam 400 meter dengan kelajuan 1,000 kilometer sejam.
"Penumpang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika itu tercampak ke bahagian bumbung pesawat.
"Penumpang di sebelah saya tersangkut ke dalam ruang bagasi atas kepala," katanya.
Seorang lagi penumpang, Stevan memberitahu Reuters, beberapa penumpang mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan kaki.
"Seramai 30 penumpang mengalami kecederaan. Kejadian itu sangat dahsyat dan kami semua fikir akan mati ketika itu," katanya.
Insiden ini antara beberapa kejadian buruk yang melanda pesawat keluaran Boeing baru-baru ini.
Pada bulan Mei lepas, seorang lelaki warga Britain berusia 73 tahun meninggal dunia manakala beberapa penumpang yang lain serta anak kapal mengalami kecederaan selepas pesawat Boeing 777 milik Singapore Airlines mengalami kejadian gelora udara dalam perjalanan dari London.
Pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas di Bangkok.
Seminggu kemudian, 12 penumpang pesawat Boeing 787-9 milik Qatar Airways cedera dalam satu lagi kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Doha ke Ireland.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar