,
Laman Utama

Gelap Mata Demi Pampasan Insurans Jutaan Ringgit, Isteri Upah Perompak Tikam Suami Sendiri

Gempak
22/09/2022
12:20 MYT
Bagaikan dalam plot drama di televisyen, seorang isteri tergamak mengupah sekumpulan perompak merompak di rumah sendiri dan merancang pembunuhan suami demi tuntutan pampasan insurans yang bernilai jutaan ringgit.

Bayar RM10,000 Pada ‘Perompak’

Bayar upah RM10,000 kepada kumpulan pembunuh upahan yang diarah menyamar sebagai perompak untuk ‘melakonkan’ aksi rompakan sebelum membunuh suaminya.
Itu rancangan jahat seorang wanita yang dipercayai melakukan adegan rompakan palsu bagi tujuan menuntut pampasan insurans bernilai jutaan ringgit. Plot pembunuhan dirancang rapi suspek wanita berusia 37 tahun itu dilakukan di kediamannya di Taman Aneka Baru, Sungai Udang di sini, Khamis lalu.
Sumber berkata, isteri mangsa sebelum itu melaporkan kepada polis kediaman mereka dirompak sekumpulan lelaki yang turut menikam mati suaminya.
Bagaimanapun, soal siasat polis terhadap wanita terbabit membongkar rancangan licik dilakukannya.

Mengaku Rancang Pembunuhan Suami

Sumber berkata, terdapat percanggahan keterangan direkodkan daripada wanita terbabit menyebabkan dia akhirnya mengaku merancang pembunuhan itu.
“Wanita itu yang disoal siasat mengaku mencari khidmat pembunuh upahan itu menerusi kenalan lelaki dan membayar wang pendahuluan kepada pembunuh upahan terbabit.
“Pada mulanya dia memberi alasan melakukannya (rancangan membunuh suami) kerana tertekan sering dipukul mangsa. Namun siasatan mendapati wanita itu sudah menaik taraf jumlah insurans sebelum kejadian (bunuh) berlaku,” katanya, semalam.

Suami Meninggal Dunia Dengan 14 Tikaman

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki yang menyebabkan seorang daripadanya terbaring berlumuran darah di kawasan rumah berkenaan jam 2.14 pagi Khamis lalu.
“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan seorang lelaki berusia 41 tahun sudah meninggal dunia akibat 14 kesan tikaman,” katanya.
Arjunaidi berkata, isteri mangsa memaklumkan, dua lelaki berpakaian serba hitam dan memakai topeng serta bersenjatakan pisau masuk ke rumahnya melalui pintu hadapan sebelum menikam suaminya hingga menyebabkan kematian.
“Dakwa wanita itu, perompak menggeledah bilik dan rumah sebelum mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barang kemas serta wang tunai sekitar RM40,000 dan melarikan diri menggunakan kereta BMW. Dianggarkan jumlah kerugian dialami kira-kira RM100,000,” katanya.

Berkomplot Bersama Empat Lelaki

Bagaimanapun, polis menahan wanita berumur 37 tahun itu sekitar jam 10 malam, tidak sampai 24 jam selepas polis menerima laporan berhubung insiden kejadian rompakan itu.
Beliau berkata, suspek dipercayai membuat perancangan untuk membunuh suaminya sendiri kerana dendam.
“Dia berkomplot bersama empat lelaki berumur 20 hingga 36 tahun yang ditahan polis antara Jumaat lalu hingga kelmarin di sekitar daerah ini serta Senawang, Negeri Sembilan,” katanya.
Beliau berkata, wanita terbabit dan empat suspek direman sehingga 22 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan senjata.
Sumber: Mingguan Wanita menerusi Harian Metro

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).