,
Berita

Gegarkan Stadium Melawati, Hampir 3,000 Peminat Terhibur Persembahan Sabyan Gambus!

Kamaruddin Razal
13/01/2019
02:40 MYT
Kumpulan popular Indonesia, Sabyan Gambus menghiburkan hampir 3,000 orang peminat di konsert pertama mereka di Malaysia malam tadi.
Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 berlangsung dengan jayanya di Stadium Melawati, Shah Alam.
Penonton sudah mula membanjiri stadium dua jam sebelum konsert bermula dan tidak sabar menantikan persembahan artis kegemaran mereka.
Sebelum Sabyan Gambus muncul, konsert itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Heliza dan Hazwani Helmi yang menyampaikan lagu Jom Selawat.
Selepas itu, juara Gema Gegar Vaganza musim pertama, UNIC muncul menghangatkan acara dengan mendendangkan empat buah lagu iaitu Sedar, Hanya Tuhan Yang Tahu, Zinnirah dan Ainul Mardhiah.
Tiba masanya untuk menonton persembahan memukau Sabyan Gambus... Mereka memulakan konsert dengan menyampaikan lagu Nassim dan Ahmad Ya Habibi.
Selain itu, mereka turut menyampaikan lagu popular seperti Ya Asyiqol Ya Habibal, El Oum, Deen Assalam, Lawkan Bainana, Atuna, Jamalu, Ya Maulana dan Allahumma Labbaik.
Paduan vokal mantap Nissa menghiburkan peminat yang hadir untuk menyaksikan konsert yang julung kali diadakan di Malaysia.
Selain Nissa, Sabyan Gambus turit dianggotai oleh Ahmad Fairuz atau Ayus selaku pemain keyboard, Anisa Rahman (vokal kedua), Tubagus Syaifullah (Tebe, pemain biola), Sofwan Yusuf (Wawan, perkusi) dan Kamal (darbuka).
Istimewa pada malam konsert yang berlangsung malam tadi, Sabyan Gambus turut memperkenalkan single terbaru mereka berjudul Sukron Lillah.
Mereka mengakhiri konsert dengan mempersembahkan lagu medley Kun Anta nyanyian asal Humood Al Khudher dan Salam Alaikum nyanyian adal Harris J.

Konsert sabyan live in Malaysia

A post shared by SABYAN (@sabyan_gambus) on

Konsert sabyan live in malaysia

A post shared by SABYAN (@sabyan_gambus) on

Sabyan live in malaysia

A post shared by SABYAN (@sabyan_gambus) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

3 Minggu Selepas Tuduhan Rampas Suami Orang, Nissa Sabyan Muncul Menangis Di Instagram

gempak
14/03/2021
09:55 MYT
Kenapa nangis tu Nissa?
Musik

Digarap Dari Hotel ke Hotel, Sabyan Gambus Siap Rilis Album Perdana

gempak
04/05/2019
03:39 MYT
Hiburan

“Ya Allah Dah Besar Dah Anak Aku... Cantik Dia Atas Pentas Tu”- Ashraf Muslim

gempak
14/01/2019
04:26 MYT
Berita

Nissa Lebih Banyak Terima Tawaran, Sabyan Raih Sambutan Memberangsangkan Daripada Peminat Luar Negara

gempak
26/12/2018
10:34 MYT
Musik

Dinaksir Ajak Taaruf, Ini Jawaban Nissa Sabyan

gempak
23/12/2018
00:00 MYT