gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bapa Hisyam Hamid Menangis Ketika Tayangan Perdana Filem Memori - “Filem Ini Banyak Persamaan Dengan Hidup…”
HOLLYWOOD
Hulk Hogan Sedang Buat Dokumentari Sebelum Meninggal Dunia
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Persaingan Semakin Sengit! Bintang Mana Yang Akan Pulang? Jom Semak Lagu Minggu Suku Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Gegaran Gempa Bumi Myanmar Turut Dirasai Di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang

Gempak
Gempak
28/03/2025
10:43 MYT
Sponsor Banner
Gegaran Gempa Bumi Myanmar Turut Dirasai Di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 yang melanda di tengah Myanmar hari ini turut dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia terutama di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pengguna laman sosial Facebook dari ketiga-tiga negeri itu berkongsi rasa terkejut apabila merasai gegaran kecil di kediaman masing-masing.

Berdasarkan perkongsian daripada Puan Emma Man di laman Facebook, beliau dapat merasakan sedikit gegaran secara tiba-tiba.

"Di Alor Setar pun ada rasa sikit, ingatkan sebab apa... tiba-tiba pening," katanya.

Shaiful Zikri Hamidon yang berada di Kelantan turut merasakan gegaran walaupun berada di tingkat 23.

"Patutlah terasa kat Klate ni, duk tingkat 23 kat tepi sungai ini terasa bergoyang... lampu-lampu pun sama bergoyang," katanya.

Joyce Ng yang berada di Pulau Pinang menyatakan: "Saya rasa gegaran, rasa pening. Di Pulau Pinang," ujarnya di komen Facebook.

Bagaimanapun, MetMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Sumber: Astro AWANI

Topic Berkaitan
#Malaysia
#Thailand
#Pulau Pinang
#Gempa Bumi
#Kedah
#Myanmar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement