,
Hiburan

Gegar Vaganza (GV2): Nassier Wahab Kerja Keras, Tidak Peduli Kata Negatif

Ahmad Shah
11/12/2015
10:51 MYT
Sejak awal lagi kemunculan Nassier Wahab sebagai peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), dipertikai sesetengah peminat program realiti popular tersebut.
Semuanya kerana Nassier mempunyai profil hebat yang sering muncul dalam acara berprestij, di istana raja atau kediaman kenamaan dan berada dalam kelasnya dalam dunia hiburan tempatan.
Mengulas tentang perkara tersebut, finalis GV2 itu memberitahu ada sebab dan alasannya yang tersendiri menyertai GV2.
“Ini adalah peluang kedua yang diberikan oleh Astro kepada saya dalam Gegar Vaganza. Saya pernah menolak pelawaan Astro untuk musim pertama dengan alasan belum bersedia.
“Kali ini saya dijemput sekali lagi dan kali ini saya mahu mencubanya dan menganggap ini sebagai peluang terbesar. Orang kata peluang takkan datang selalu.
“Muncul dalam rancangan ini juga adalah pentas terbaik bagi saya mencari peminat-peminat baru,” katanya kepada Astro Gempak.
Tentang persediaan, menjelang konsert final pada hujung minggu ini Nassier berkata, dia akan meneruskan misi dan visi yang dianggap boleh membantu terus mempertahankan kerjayanya sebagai penyanyi popular.
“Lupakan segala benda negatif. Semua peserta dalam pertandingan ini punya keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Kita tidak boleh pandang rendah kepada sesiapa sahaja. Saya tidak mahu kerana pengalaman yang ada, orang mempertikaikan macam-macam,” jelasnya.
Selain Nassier enam peserta yang bakal bersaing merebut gelaran juara Gegar Vaganza 2 ialah, Farahdhiya, Siti Nordiana, Acong Sweet Child, Haiza, dan Ezad Lazim.
Pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 dan sebuah single terbaru terbitan Astro.
Naib juara pula akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000.
Kesemua enam finalis diberi dua cabaran iaitu menyanyi secara solo dan battle.
Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim merupakan juri tetap program ini dan turut diserikan dengan personaliti popular yang cukup sinonim dengan genre komedi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.
Jangan lupa saksikan siaran langsung GV2 yang dibawakan dari auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad ini yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) bermula pukul 9 malam.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Terasa Macam Arwah Ada Lagi..." - Ramlah Ram Sebak Kenang Pemergian Nassier Wahab

gempak
20/04/2020
08:59 MYT
Hiburan

Pemergian Nassier Wahab Turut Dirasai Permaisuri Agong

gempak
05/12/2019
12:34 MYT
Hiburan

"Sangat-Sangat Sedih & Terkesan..." - Farahdhiya Berduka Dengan Pemergian Nassier Wahab

gempak
05/12/2019
08:02 MYT
Hiburan

Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia

gempak
04/12/2019
17:51 MYT
Hiburan

Nassier Wahab Bersyukur Bebas Penyakit Kanser Gusi

gempak
16/07/2019
00:29 MYT