,
Hiburan

Gegar Vaganza 2 (GV2): Selepas Mengapa, Siti Nordiana Semakin Popular

Ahmad Shah
09/12/2015
05:29 MYT
Populariti peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Siti Nordiana semakin meningkat selepas persembahannya pada konsert Separuh Akhir pada Ahad lepas.
Menerusi pemerhatian Astro Gempak, video Siti Nordiana menyanyikan lagu Mengapa yang dipopularkan oleh Nicky Astria pada konsert separuh akhir lalu, turut mendapat bilangan penonton paling tinggi.
Setakat ini video persembahan peserta yang berada tempat pertama minggu lepas itu di laman web www.astrogempak.com.my/gegarvaganza telah ditonton hampir 90,000 pelayar sosial.
Sementara itu Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana memberitahu, bimbang dengan kepercayaan yang diberikan penyokongnya.
“Mereka percaya pada saya dan itu adalah satu bebanan kerana saya bimbang tidak dapat memuaskan hati penyokong dan peminat pada konsert akhir nanti.
“Bagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi semangat sepanjang berada dalam GV,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Nana dia turut menerima komen negatif daripada pelayar laman sosial, namun menganggapnya sebagai satu teguran untuk memperbaiki kelemahan dalam persembahan.
“Kalau semua pujian mungkin saya juga akan terleka. Oleh itu saya positif menerima apa sahaja teguran,” ujarnya.
Bercakap mengenai persediannya untuk konsert final pada Ahad ini, pelantun suara Cinta Hanya Sandaran itu berkata dia mahu memberi fokus kepada dua persembahannya.
Nana bakal menyanyikan lagu popular Ziana Zain berjudul ‘Putus Terpaksa’ dan lagu penyanyi popular Singapura Taufik Batisah, ‘Awak Kat Mana’di pusingan ‘battle’.
Sama-sama kita saksikan konsert akhir GV2 minggu hadapan, yang dibawakan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) serta saluran serentak Ria HD (saluran 123), pukul 9 malam.
Tiket untuk konsert akhir boleh didapati di www.ticketcharge.com.my
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Terkini

Siti Nordiana Pertama Kali Beraya Tanpa Kehadiran Bapa - “Saya Tak Pernah Lalui Ramadan & Raya Tanpa Ayah”

gempak
10/04/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini buat pertama kalinya tanpa kehadiran bapa di sisi.
Hiburan

“Saya Nak Kahwin Tapi…” - Tular Sarung Baju Pengantin, Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Yang Salah Faham

gempak
30/01/2024
08:06 MYT
Siti Nordiana menafikan bakal mendirikan rumah tangga seperti didakwa ramai susulan tular foto memaparkan dia memakai baju pengantin baru-baru ini.
Hiburan

EKSKLUSIF: Gambar Photoshoot Gaun Putih Tersebar, Siti Nordiana Bakal Kahwin?

gempak
28/01/2024
09:00 MYT
Kisah peribadi Finalis All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana pastinya sentiasa diintai peminat.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.