,
Hiburan

Gegar Vaganza 2 (GV2): Nabil Miang Dengan Farahdhiya Atas Pentas Sahaja

Ahmad Shah
05/12/2015
08:50 MYT
Setiap minggu penonton Gegar Vaganza 2 (GV2), pengacara Nabil Ahmad pasti akan mengusik salah seorang peserta wanita, Farahdhiya.
Bagaimanapun kata Nabil, dia hanya mengusik Farahdhiya ketika berada di atas pentas sahaja.
“Saya hanya menegur Farahdhiya ketika di pentas GV2 sahaja. Kalau di belakang pentas atau rehearsal kami hanya ‘hai-hai’ macam itu sahaja.
“Mungkin di atas pentas saya nampak miang macam nak mengorat Farahdhiya, tetapi itu sebenarnya hanya untuk menceriakan suasana di auditorium Majlis Bandaraya Shas Alam (MBSA) sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Nabil, isterinya Nazirah Ayub tidak pernah cemburu terhadap usikannya kepada Farahdhiya.
“Isteri saya tak pernah marah atau cemburu pun bila saya usik-usik Farahdhiya kerana dia tahu saya sedang bekerja.
“Tetapi ramai juga yang bertanya, betul ke saya dan isteri bergaduh seperti yang dinyatakan Jihan dalam konsert GV setiap minggu. Sebenarnya tidak. Semua yang diucapkan Jihan adalah sebahagian dari lawak-lawak kami supaya penonton tak bosan,”ujarnya.
Pada konsert separuh akhir minggu ini, GV2 menampilkan tujuh lagi peserta bersaing untuk merebut tempat ke final seterusnya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM100 ribu ringgit dan sebuah album single terbitan Astro.
Mereka diberi tugasan untuk menyanyikan lagu bertemakan ‘Karok Tarik’ iaitu lagu-lagu bernada tinggi yang sering menjadi pilihan di pusat Karaoke.
Antara Farahdhiya, Nassier Wahab, Haiza, Siti Nordiana, Ezad dan Azian Mazwan Sapuan siapa bakal mara ke konsert akhir minggu hadapan?
Mampukah Acong membuktikan kepada Datuk Seri Vida, imuniti yang diperolehinya pada minggu lalu akan dijadikan tiket ke konsert final?
Sama-sama kita saksikan konsert separuh akhir GV2 pada Ahad ini yang dibawakan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, disiarkan di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) dan saluran serentak Ria HD (saluran 123), pukul 9 malam.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

gempak
07/08/2024
12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Hiburan

Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”

gempak
10/07/2024
02:55 MYT
Pernah hilang sumber pendapatan disebabkan terpalit kontroversi, pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan rakan sepejuangannya iaitu Shuib pernah meminjamkan wang sehingga RM10,000 kepadanya.