,
Berita

The Garden of Evening Mists Menang Anugerah Rekaan Kostum & Solekan Terbaik, Anugerah Golden Horse ke-56

ZULHILMI JALIL
26/12/2019
11:45 MYT
Filem The Garden of Evening Mists (TGOEM) berjaya merangkul anugerah Kategori Rekaan Kostum & Solekan Terbaik pada penganjuran Anugerah Golden Horse ke-56 di Taipei, Taiwan baru-baru ini.
Kemenangan tersebut diwakili barisan produksi Nikki Gooley, Biby Chow, Penny Tsai Pei Ling dan Nina Edwards.
Sekali gus, TGOEM berjaya mengetepikan empat pencalonan filem lain dalam kategori sama iaitu The Magnificent Bobita; The Gangs, The Oscars And The Walking Dead; The Scoundrels dan Nina Wu.
Filem yang bakal menemui penonton 16 Januari depan itu turut tercalon dalam lapan kategori lain iaitu, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Arahan Seni Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Penyunting Filem Terbaik.
Terdahulu, naskhah berkenaan sudah membuat tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-24 dan Festival Filem Asia Hong Kong baru-baru ini.
TGOEM merupakan filem adaptasi novel hasil karya anak tempatan, Tan Twan Eng yang menggunakan tenaga produksi dari beberapa buah negara termasuklah, Malaysia, Taiwan, Jepun, Singapura, India, Australia dan United Kingdom.
Antara nama besar yang menjayakan filem tersebut termasuklah Sinje Lee (The Eye), Hiroshi Abe (After The Storm), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl With The Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).
Filem yang mendapat sentuhan sutradara Taiwan, Tom Shu Yu Lin itu menceritakan kesengsaraan kehidupan Teoh Yun Ling (lakonan Sinje Lee) akibat kekejaman Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu yang cuba mencari ketenangan di Cameron Highlands.
Bagaimanapun, sewaktu di sana, ketika dia berusaha untuk membina sebuah taman bagi menzahirkan penghormatan kepada adik perempuannya yang terkorban, dia menjalin hubungan cinta terlarang bersama seorang tukang kebun bernama Nakamura Aritomo (lakonan Hiroshi Abe).
TGOEM merupakan filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia yang mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan CJ Entertainment.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.