,
Berita

Gara-gara Tidak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’, Lelaki Mengaku Tampar Teman Wanita Bayar Denda RM 800

Gempak
17/10/2024
10:25 MYT
Seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Batu Pahat, Johor atas tuduhan mencederakan teman wanita selepas bergaduh berhubung isu tidak membalas mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Khamis lalu.
Tertuduh, Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencederakan dengan menampar teman wanitanya berusia 20 tahun di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor pada jam 12.15 tengah hari, 10 Oktober lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika teman wanitanya menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.
Siasatan polis mendapati, perang mulut berlaku antara mangsa dan tertuduh kerana wanita itu tidak berpuas hati apabila mesej 'Good Morning Sayang' yang dihantarnya tidak dibalas.
Suasana bertukar menjadi tegang apabila tertuduh berang lalu menampar pipi kiri mangsa hingga cedera ringan.
Susulan kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Johor.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Shariff.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 terhadap tertuduh atau penjara 14 hari jika gagal membayar denda dikenakan.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Unitar