,
Viral

Gara-Gara Mahu Naikkan 'Viewers', Youtuber Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak & Makan Kari Burung Merak

Gempak
14/08/2024
04:55 MYT
Seorang pempengaruh media sosial India ditahan selepas videonya memasak dan makan burung kebangsaan yang dilindungi negara itu, burung merak mencetuskan kemarahan awam.

Masak Menu Kari

Menurut agensi, polis berkata, Kodam Pranay Kumar yang disebut-sebut sebagai bintang media sosial berpotensi di India ditahan semalam dan dimasukkan ke penjara selepas 'video lain dalam telefon bimbitnya mengesahkan' menu kari yang dimasaknya mengandungi burung merak.
Burung berwarna-warni itu dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar yang ketat.

"Dia kini dipenjarakan selama 14 hari di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan mahkamah akan memutuskan sama ada dia akan kekal di dalam (penjara) atau mendapat jaminan," kata penguasa polis di negeri selatan Telangana, Akhil Mahajan kepada AFP.

Kumpulan penyiasat turut meneliti bagaimana dan di mana Kumar mendapat burung merak terbabit.
Video itu sudah dialih keluar daripada saluran Youtube pempengaruh terbabit.

Mahu Tarik Jumlah Penonton

The Times of India dalam laporannya berkata, video itu didakwa dimuatnaik untuk menarik lebih banyak tontonan, namun strateginya tidak berhasil.

"Sebaliknya, pengguna media sosial mengecam video terbabit, menuduh Kumar mempromosikan penggunaan hidupan liar secara haram dan tidak menghormati simbol negara," menurut laporan itu.

Burung merak India, dikenali dengan warna biru terang dan sayap yang lebar bagi merak jantan, mempunyai simbolik tersendiri dan dianggap istimewa di India.
Takhta dinasti pemerintah Mughal di negara itu juga dipanggil Takhta Merak kerana ia menampilkan burung merak berhiaskan permata, pernah hadir dalam jumlah yang besar merentasi bahagian dataran utara India.
Pembangunan yang pesat menyebabkan burung merak hilang habitatnya sejak beberapa dekad lalu. Ia sekali gus mengakibatkan jumlah burung itu makin berkurangan.
Susulan itu, hukuman dan denda yang ketat di bawah undang-undang hidupan liar kini dikuatkuasakan bagi melindungi haiwan itu daripada terancam dan menjadi mangsa buruan.
Sumber: The Straits Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Hiburan

Drake Rugi Jutaan Ringgit Mike Tyson Kalah Bertarung Dengan YouTuber

gempak
17/11/2024
14:55 MYT
Kisah kekalahan legenda tinju dunia, Mike Tyson di tangan pempengaruh YouTuber yang bertukar menjadi peninju profesional, Jake Paul yang berlangsung di Stadium AT&T, Arlington, Texas, Amerika Syarikat masih menjadi buah mulut.
Hiburan

Kembali Ke Jakarta, Ameera Khan Kongsi Momen Makan-Makan Bersama Jefri Nichol - “So Happy To Be Back!”

gempak
14/11/2024
04:25 MYT
Personaliti media sosial, Ameera Khan difahamkan sedang berada di negara jiran, Indonesia.
Hiburan

“Makan Nasi Lemak Pun Kena Ambil Gambar, Hantar Pada Coach" - Joe Flizzow Jaga Kesihatan Demi Kebaikan Diri

gempak
09/11/2024
08:55 MYT
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow akui kekok apabila dipaksa memberitahu jadual pemakanannya setiap hari kepada jurulatih kesihatan gara-gara ingin memastikan tahap kesihatan dirinya berada dalam keadaan baik.
Berita

Pukul Anjing Liar Sampai M*ti, Netizen Desak Pelaku Dikenakan Tindakan Tegas - "Mohon Saksi Kejadian Segera Bertindak!"

gempak
06/11/2024
02:55 MYT
Video yang berdurasi 1 minit itu, menunjukkan lelaki tersebut telah memukul seekor anjing hitam yang hanya duduk dipercayai kawasan bengkel berulang kali sehingga mati.
Unitar