,
Berita

Gara-Gara Berzumba...Gagal Kemukakan Alasan Munasabah, 15 Wanita Dikenakan Kompaun RM1,000

Asraf Aided
31/05/2020
10:08 MYT
Seramai 15 wanita ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berhimpun untuk melakukan aktiviti zumba pada Sabtu, lapor AWANI.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kesemua mereka melakukan aktiviti itu ketika polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis di Taman Pekan Rabu, Sungai Petani kira-kira jam 6.30 petang.
Pemeriksaan ke atas premis terbabit dilakukan sepasukan polis ketika membuat tugas rondaan cegah jenayah dan penguatkuasaan pemantauan PKPB.
Kesemua wanita berusia di antara 25 dan 50 tahun itu mengaku berada di premis berkenaan dan melakukan aktiviti zumba namun gagal memberikan penjelasan munasabah untuk menyertai aktiviti sosial itu ketika PKPB.
Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.
Kesalahan disiasat di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Netizen Kaitkan Video Pengacara Onani Dengan Kelly Azman, Ini Komen Tuan Badan! - "Maaf Saya Tiada Video Lucah"

gempak
24/11/2023
02:55 MYT
Bukan Kelly Azman tu...
Laman Utama

Langgar SOP PKPB, Neelofa & PU Riz Lepas Tanpa Bebas

gempak
01/12/2021
04:50 MYT
Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz terhadap pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu.
Laman Utama

Tuduhan Merogol, Kris Wu Kekal Direman Sejak Isnin Untuk...

gempak
18/08/2021
14:15 MYT
Bekas anggota EXO, Kris Wu telah ditangkap pihak polis di Beijing atas dakwaan merogol Isnin lalu.
Laman Utama

Netizen Tanya Anak Ismail Sabri Bila Boleh Rentas Negeri? Nina Sabrina; Saya Pun Akan Menunggu Pengumuman Setiap Hari ..."

gempak
01/04/2021
09:50 MYT
Saya memang jujur ​​tak tau.
Laman Utama

Instafamous Terima Padah! Bagi Keterangan Palsu Mohon Kebenaran Rentas Negeri, Akan Dikenakan Kompaun!

gempak
22/03/2021
09:15 MYT
Jangan ambil kesempatan sis! Jadikan pengajaran...