,
Laman Utama

Gara-Gara Bergaduh Selepas Balik Sekolah, Akak Tikam Adik Dalam Kereta Ditahan Reman

Gempak
20/10/2022
05:19 MYT
Semalam tular kisah remaja lelaki maut, dipercayai ditikam kakaknya selepas berebut tempat duduk di dalam kereta ketika pulang sekolah.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata perselisihan faham dua beradik berlarutan selepas tiba di rumah mereka di Ulu Pulai, Ulu Choh, semalam.
Katanya, polis menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 2.15 petang semaln yang melaporkan mangsa maut ditikam.
Beliau berkata, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bertengkar dengan kakaknya berusia 18 tahun, kerana berebut tempat duduk dalam kereta.
Katanya, kakak mangsa berang selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
"Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini (semalam)
"Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan dan perintah tahanan reman akan dilakukan esok.

sumber: Berita Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Terkini

Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

gempak
06/09/2024
05:55 MYT
Pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan', direman lima hari bermula hari ini.