,
Laman Utama

Gara Gara Usap Perut, Nissa Sabyan Dituduh Hamil

Maliah Surip
30/03/2021
05:20 MYT
Belum pun reda isu curang yang diberitakan antara vokalis kumpulan Sabyan, Nissa dengan salah seorang anggotanya, Ayus, kini dunia hiburan Indonesia kembali kecoh dengan gosip terbaru mengenai penyanyi cantik manis itu.
Tak tahu bagaimana, tapi kini Nissa Sabyan dituduh sedang hamil. Semuanya gara gara sepotong video yang dimuat naik dalam akaun gosip terkenal Republik itu, @lambe turah.
Menerusi video tersebut, Nissa dilihat mengusap perutnya yang kelihatan sedikit buncit. Bersama video itu, paranormal kontroversi, Mbah Mijan menuliskan komen yang menyebut bakal punya cucu dari Nissa Sabyan.
"Alhamdulillah, Mbah sebentar lagi bakal punya cucu baru dari Nissa Sabyan, tetap semangaaaat sayangku," tulis Mbah Mijan seperti dilaporkan oleh Kompas.
Hal itu yang kemudian memicu dakwaan Nissa hamil. Bagaimanapun ada netizen yang sangsi mengenai dakwaan tersebut dan menganggap video yang dimuat naik adalah video lama kerana keadaan di sekeliling Nissa memperlihatkan orang di sekeliling dan dirinya sendiri tidak memakai pelitup muka kerana mengikuti protokol kesihatan COVID 19.
Sehingga artikel ini ditulis, malah hampir semua media Indonesia melaporkan hal yang sama, Nissa belum memberi sebarang kenyataan rasmi.
Terdahulu, Nissa juga tetap mengunci mulut mengenai dakwaan dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Ayus sehingga lelaki itu bercerai dengan isterinya baru baru ini.
Malah beberapa hari lalu sempat tersebar dakwaan Nissa dan Ayus akan menikah.
Namun semua dakwaan tersebut belum diketahui benar ataupun hanya fitnah.
Instagram: @nissa_sabyan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.