,
Laman Utama

Gantikan Vaksin & Antibiotik Pada Ayam, Herba Untuk Ternakan Raih Tempat Pertama Minggu Ke-5 INNOVATHON

Izwan Isa
13/08/2023
08:50 MYT
Produk Herba Untuk Ternakan diumumkan sebagai pemenang pada minggu kelima program INNOVATHON yang disiarkan Sabtu lalu.
Menerusi pembentangan, Herba Untuk Ternakan dipersembahkan sebagai satu produk herba yang dihasilkan daripada kaedah tradisional dan bahan organik. Ia membantu meningkatkan pembesaran ayam tanpa perlu mengambil suntikan vaksin dan antibiotik.
Ladang ayam juga mudah dijaga dari sudut kebersihan kerana najis ayam yang terhasil tidak berbau busuk dan tidak mengalami masalah kehadiran lalat. Cara menggunakan herba ini ialah dengan menyembur pada dedak dan turut dimasukkan dalam minuman haiwan ternakan.
Individu di sebalik Herba Untuk Ternakan ialah Ustaz Azmi Nor, 55, seorang pengusaha ayam berasal dari Kota Bahru, Kelantan.
INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.
Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.
Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.
Pentas akhir INNOVATHON bakal menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.
Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.
BACA: Ringan, Dapat Tampung Berat Hingga 150KG, Floating Stretcher Ungguli Tempat Pertama Minggu Ke-4 INNOVATHON
BACA: M-Braille Typewriter Curi Perhatian Juri, Juara Minggu Kedua Dalam INNOVATHON​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
terkini

INNOVATHON 2: Terima Sambutan Hangat, Ujibakat On The Ground Fasa 2 Dilanjutkan! Jom Semak Lokasi Ujibakat

gempak
25/06/2024
14:55 MYT
Disebabkan sambutan hangat dan permintaan ramai, ujibakat program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON musim kedua bakal dilanjutkan ke fasa kedua.
terkini

INNOVATHON 2: Profesor Madya Dr. Nur Faeza Pertaruh BioGel Bait Moz Di Ujibakat On The Ground Pulau Pinang

gempak
05/06/2024
13:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Terkini

INNOVATHON 2: Uniknya! Idea Liza Ramli Manfaatkan Batang Pisang Untuk Buat Jus, Kerepek & Biskut Curi Tumpuan Ujibakat Di Pulau Pinang

gempak
04/06/2024
14:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Hiburan

INNOVATHON Kembali Untuk Musim Kedua, Uji Bakat Bermula Jun Depan! Ini Cara-Cara & Lokasinya

gempak
20/05/2024
09:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
ujibakat

Jom sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua!

gempak
16/05/2024
14:55 MYT
Anda ada idea inovatif kreatif & Menarik? Kami memerlukan idea anda! Jom sertai Uji Bakat INNOVATHON musim kedua sekarang dan berpeluang untuk hadiah wang tunai!