,
Viral

"Gambar Viral Hanya Untuk Proposal, Bukan Tayangan Umum" - Janna Nick Jelaskan Isu Etika Pakaian Seragam 'Leftenan Zana'

Amri Hassan
14/02/2019
08:25 MYT
Pelakon Janna Nick tampil menjelaskan isu etika pakaian seragam yang dipakainya untuk poster promosi drama bersiri Leftenan Zana yang tular di media sosial.
Jelas Janna, gambar yang telah viral sejak beberapa hari lalu itu sebenarnya gambar pakaian seragam yang tidak lengkap dan hanya digunakan untuk tujuan pilot daripada pihak produksi kepada stesyen televisyen.
"Baju yang korang tengok tu memang la salah etika pemakaian dia, sebab tu bukan shoot drama Leftenan Zana tapi tu time shoot PILOT Leftenan Zana kira kira setahun sebelum pengambaran sebenar.
"Pilot maksudnya teaser untuk production hantar ke stesen televisyen... Alahhh macam proposal nak dapatkan job!!! aaa begitu la...kiranya job tu belum confirm lagi," tulisnya menerusi Twitter.
Tambah Janna, foto terbabit tidak seharusnya dimuatnaik di mana-mana medium sebaliknya hanya digunakan untuk rujukan stesen televisyen.
"Pilot ni bukan untuk tayangan umum / untuk upload dekat mana-mana medium... ni hanya untuk stesen televisyen.
"Even gambar baju tak lengkap pun kita pelakon tidak dibenarkan upload oleh pihak MINDEF," tambahnya.
Justeru, sepanjang penggambaran drama tersebut, etika pemakaian seragam sememangnya dipantau oleh wakil dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef). Kecoh baru-baru ini apabila pengguna media sosial tampil membidas etika pemakaian seragam yang ditampilkan untuk promosi drama Leftenan Zana. Malah, ada segelintir pihak yang menganggap tindakan itu seolah-olah mempermainkan pakaian seragam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.