,
Laman Utama

Gambar Isteri Bersalin Diperguna Group Antivaksin, Fitri Haris Buat Laporan Polis

Syafiqah Jalal
02/07/2021
10:20 MYT
Penyanyi Dr Fitri Haris membuat laporan polis selepas wujud kumpulan Telegram, AEFI CASES – Covid Vaccines yang didakwa anti vaksin yang menyebarkan maklumat tidak tepat dan berunsur fitnah terhadap kesihatan isterinya, Fazilah Omar yang dikaitkan dengan kesan pengambilan vaksin.
Fitri, 37, atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris berkata laporan polis itu bertujuan untuk tidak mengelirukan sesiapa di samping menghormati usaha forntliners yang bertungkus-lumus membantu negara bebas dari Covid-19.
“Saya dengan rasa tanggungjawab telah membuat laporan polis berkenaan isu di mana satu group telegram AEFI CASES - COVID VACCINES menggunakan gambar-gambar dan cerita berkenaan kelahiran anakanda kami dan keadaan isteri saya seolah apa yang kami lalui akibat dari pengambilan vaksin.
“Laporan di buat kerana mengambil kira maklumat palsu dan boleh mengelirukan umum mengenai vaksin dan kesannya kerana dari laporan kesihatan dan normality kelahiran baby apa yang berlaku adalah perkara normal bagi c-section.
“Laporan juga di buat atas rasa tanggungjawab terhadap frontliner yang bertungkus lumus berjuang untuk memastikan negara kita bebas dari COVID-19,” katanya.
Bekas kumpulan UNIC itu, berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, foto isterinya yang berhadapan dengan komplikasi ketika melahirkan bayi mereka baru-baru itu telah digunakan oleh pihak yang menyebarkan dakyah anti vaksin.
Justeru Fitri memohon agar mana-mana pihak tidak menyebarkan gambar peribadinya serta fakta dan informasi yang salah bagi bertujuan mengundang kegusaran umum.
“Saya pohon agar pihak-pihak di luar sana jangan menyebarkan dan menggunakan gambar atau berita individu lain sesuka hati tanpa mengetahui fakta dan informasi yang tepat, ianya boleh mengundang kegusaran umum,” pintanya.
Pun begitu, Fitri memberitahu dia menghormati perbezaan pendapat namun meminta menjaga sensitiviti orang lain.
“Saya menghormati perbezaan pendapat mengenai vaksin, tapi saya tidak menghormati mereka yang tidak menghormati sensitiviti dengan mengambil kesempatan terhadap kesakitan orang lain…,” beritahunya.
Fitri baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 28 Jun lalu selepas isterinya melalui proses pembedahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.