gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Worth The Wait Papar Perit Peroleh Anak, Ini Tips Untuk Kekal Positif & Jangan Menyerah
HIBURAN
Tak Sempat Rai Kemenangan, Sophia Albarakbah ‘Diserang’ Komen Negatif & Mesej Lucah - “Memang Dia Bersyukur…”
BERITA
Bekas Ratu Cantik Ditemui Mati Terapung Selepas 4 Hari Diculik
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Gagal Tahan Air, Sophia Albarakbah Serah Kes Serangan Siber Pada Peguam - “Perkara Paling Buruk Pernah…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
08/08/2025
10:01 MYT
Sponsor Banner
Gagal Tahan Air, Sophia Albarakbah Serah Kes Serangan Siber Pada Peguam - “Perkara Paling Buruk Pernah…”
Peguam mewakili pelakon, Sophia Albarakbah iaitu Aizat Azam mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung siri serangan digital yang melampau susulan daripada kemenangannya di sebuah majlis anugerah baru baru ini.
Jelas Aizat, anak guamnya, Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abd Rahman 32, menerima komen menghina, lucah dan menjijikkan sehingga memberi kesan kepada keadaan mentalnya.
“Komen-komen tersebut telah menyebabkan Sophia mengalami kemurungan dan keresahan yang berpanjangan.
“Hari ini kami tampil mengikut undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga Kanun Keseksaan. Kita akan terus berjuang untuk mempertahankan dan mendapatkan keadilan sewajarnya.
“Setakat ini kami sudah membuat laporan untuk lebih 10 hantaran, kami ada bukti tangkap layar dari platform media sosial dan portal,” katanya.
Aizat berkata demikian ketika ditemui di Balai Polis Travers, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada itu, peguam itu juga menyatakan ini merupakan perkara paling buruk yang pernah dihadapi anak guamnya sepanjang bergelar selebriti.
“Bagi pihak Sophia, saya boleh jelaskan ini adalah perkara yang paling buruk yang beliau hadapi sejak menjadi artis kerana menerima terlalu banyak mesej di Instagram yang keterlaluan,” jelasnya.
Bagaimanapun, Sophia dilihat mengalirkan air mata dan tidak mampu menjawab sebarang soalan daripada pihak media.
“Saya minta maaf, saya serahkan semua kepada peguam saya untuk jawab,” katanya sebak.
Terdahulu, nama Sophia kembali menjadi panas selepas pelakon, Bella Astillah, menyampaikan trofi kemenangan di majlis anugerah tersebut pada Ahad malam.
Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#Sophia Albarakbah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement