gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ramai Melenting Cadangan Mandulkan Lelaki Miskin Kekang Kelahiran, Gabenor Tampil Jawab Balik - "Saya Cuma Ajak, Tak Paksa..."
HIBURAN
Vivy Yusof Ubat Rindu Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan
HIBURAN
Kantoi Buat ‘Projek’ Atas Sofa, Shahida Dedah Pernah Tumbuk Pekerja - “Ini Bukan Aib Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Gagal Tahan Air Mata, Noorkhiriah Pilih Jayakan Sendiri Babak Dalam Liang Lahad - “Momen Ini Mahal…”

gempak
Asyraf Roslan
09/05/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Gagal Tahan Air Mata, Noorkhiriah Pilih Jayakan Sendiri Babak Dalam Liang Lahad - “Momen Ini Mahal…”
Pelakon, Noorkhiriah akui gagal menahan air mata ketika melakonkan salah satu babak dalam drama Seribu Tahun.
Jelas Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, babak dalam liang lahad merupakan permintaannya sendiri kepada pengarah Shahrulezad Mohameddin.
“Saat-saat memasukan diri ke liang lahad, saya yang minta dekat abang Ezad nak masuk liang pastu saya lupa, gementar dan blur.
“Sampai-sampai dekat kubur saya stuck sebab air mata tak berhenti,Allah izinkan saya masuk liang lahad dua hari sebelum hari jadi saya, dan hari jadi saya suami hadiahkan kain kapan.. Dosa banyak sampai Allah bagi nikmat ini, momen ini mahal” tulisnya.
Dalam pada itu, Noorkhiriah juga sempat menitipkan pesan buat pengikutnya untuk tidak sesekali meninggalkan solat.
“Ya Allah, pesan saya satu sahaja, jangan tinggal solat walaupun kita ni jahat sekalipun. Jika ada rasa sayang dengan diri sendiri,” tambahnya.
Noorkhiriah juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada pasukan produksi Seribu Tahun yang banyak membantunya dalam menjayakan watak Nor.
“Buat Abang Ezad, mata Nor jadi saksi betapa struggle abang demi Seribu Tahun. Terima kasih semoga tiap ketukan abang menjadi saham pahala buat abang. Abang buat kerana Allah, Nor akan simpan rapi dalam hati semoga Allah membalas segala kebaikan abang.
“Buat seluruh team Seribu Tahun, kita adalah keluarga besar selama 6 bulan. Terima kasih atas kasih sayang,” tambahnya.
Perkongsian video di Instagram itu berjaya menarik perhatian netizen dan rata-rata memuji dengan keberanian Noorkhiriah melakonkan babak tersebut.
Topic Berkaitan
#Drama
#noorkhiriah
#Seribu Tahun
#Liang Lahad
Must-Watch Video