,
Laman Utama

Gagal Daftar Nama Anak Kerana Terlalu Panjang… Lebih 15 Nama!

Izwan Isa
29/10/2023
15:50 MYT
Bangsawan Sepanyol yang memakai Duke of Huescar, Fernando Juan Fitz-James Stuart y de Solis dilaporkan cuba mendaftarkan nama yang panjang untuk bayinya, lapor portal berita Independent.
Fernando, 33, yang merupakan pewaris kepada pangkat Duke of Alba, dan isterinya, Sofia Palazuelo, 31, menimbulkan kekecohan di pejabat pendaftaran ketika mendaftarkan nama anak mereka.

BERITA TRENDING: Christine Hakim Orang Islam: “Tapi Ramai Ingat Saya Kristian Kerana Nama”

Nama yang cuba didaftarkan ialah Sofia Fernanda Dolores Cayetana Teresa Angela de la Cruz Micaela del Santisimo Sacramento del Perpetuo Socorro de la Santísima Trinidad y de Todos Los Santos.
Pasangan itu kecewa apabila peraturan menyatakan bahawa nama yang diberikan kepada kanak-kanak tidak boleh melebihi satu nama majmuk dan dua nama mudah.

BERITA TRENDING: Elon Musk Dakwa Maksud Nama Unik Anak Ketiga Berkaitan Konsep Matematik

Fernando cuba menamakan anak perempuannya sempena nama mendiang Duchess of Alba yang meninggal dunia pada 2014, María del Rosario Cayetana Paloma Alfonsa Victoria Eugenia Fernanda Teresa Francisca de Paula Lourdes Antonia Josefa Fausta Rita Castor Dorotea Santa Esperanza Fitz-James Stuart y de Silva Falco y Gurtubay.
Sebagai tambahan kepada 19 nama itu, Guinness World Records menyatakan bahawa mendiang memegang 46 gelaran melebihi mana-mana wanita bangsawan lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hadir Ke Konsert Setiap 2 Minggu Boleh Perpanjang 9 Tahun Usia, Mitos Atau Fakta?

gempak
31/03/2024
02:04 MYT
Adakah itu hanya mitos atau fakta?
Terkini

Izara Aisyah Kongsi Nama Anak, Netizen Puji: - “Indahnya Nama"

gempak
16/02/2024
07:00 MYT
Pelakon jelita, Izara Aisyah akhirnya mengumumkan nama bayi keduanya selepas hampir empat bulan sejak hari kelahiran pada Oktober tahun lepas.
Hiburan

Isteri Selamat Bersalin Anak Ketiga, Dr Say Pilih Nama Zeqriel - “Tak Perlu Google Apa Maksud Sebab…”

gempak
12/01/2024
07:55 MYT
Unik nama anak-anak Dr Say ni.
Laman Utama

Ayda Jebat Dedah Wajah Anak Kedua, Pilih Nama Aali Mateen! Netizen Komen - “Handsome! Semoga Jadi Anak Soleh”

gempak
19/12/2023
03:53 MYT
Assalamualaikum Aali Mateen.
Laman Utama

Kareena Kapoor Trauma Nama Anak Dipersenda, Taimur Diambil Sempena…

gempak
15/09/2023
13:50 MYT
Kareena Kapoor mendedahkan dia dan suami, Saif Ali Khan sempat terkejut serta trauma selepas nama anak sulung mereka dipersendakan segelintir peminat.