gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lilo Bagaikan Dicipta Untuk Maia Kealoha
BERITA
Menantu Kahwini Ibu Mentua Selepas Terjebak Hubungan Terlarang
GAYA HIDUP
#FinancialFaiz: Duit Ketika Belajar Bukan Untuk Hari Tua
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Gagal ‘Battle’ Tiket Konsert Inteam, Peminat Minta Hari Kedua - “Please Buat, Saya Kempunan Sebab…”

gempak
Asyraf Roslan
24/05/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Gagal ‘Battle’ Tiket Konsert Inteam, Peminat Minta Hari Kedua - “Please Buat, Saya Kempunan Sebab…”
Kumpulan nasyid popular, Inteam mencuri perhatian apabila tiket konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun habis terjual dalam tempoh dua jam.
Ramai peminat meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat membeli tiket konsert tersebut termasuk pengacara Amin Idris.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Amin meminta agar pihak penganjur mempertimbangkan untuk mengadakan konsert tersebut untuk hari kedua.
“Inteam kami tuntut buat konsert hari kedua, setuju tak kawan-kawan?” Tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Amin.
Malah ada juga yang mencadangkan agar konsert tersebut diadakan di lokasi yang lebih besar bagi menampung permintaan peminat yang mahu hadir ke ulang tahun ke-25 Inteam.
“Setuju! and please tempat besar sikit, Axiata ke stadium ke.
“Pleaseeeee buat. saya kempunan sebab tak dpt beli tiket !
“Setuju.. semalam xsempat battle.. urus rumahtangga ,jemput anak sekolah..know² habis je.
“Setujuuuuuuu, buat dkt Axiataaa plss.
“Setujuuu, hidup lightistick kayu sugii.
“Setuju sesangat. Know know sold out dah.
“Please....kalau xnk buat day2 minta tukar venue..ramai sikit boleh masuk,” tulis netizen.
Terdahulu, Inteam mengumumkan bakal menggegarkan Zepp KL dengan menganjurkan konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun pada 27 September depan.
Topic Berkaitan
#Konsert
#peminat
#Inteam
#Sold Out
Must-Watch Video