ASTRO RAMADAN 2025
Gabung Hiburan & Ilmu Agama, 'Syamsul Debat: Dakwah Santai' Ceriakan Sahur Anda
Ramadan kali ini lebih istimewa dengan kehadiran Syamsul Debat: Dakwah Santai, sebuah rancangan ceramah santai yang bakal menemani waktu sahur anda!
Dakwah santai, mesej mendalam
Dengan gaya penyampaian yang bersahaja, Ustaz Syamsul Debat akan mengupas pelbagai isu semasa, rumah tangga dan permasalahan sosial dari sudut keagamaan. Mesejnya jelas. santai tapi sampai!
Keistimewaan rancangan ini terletak pada pendekatannya yang menggabungkan hiburan dan ilmu agama.
Dengan dipimpin oleh Syamsul Debat yang karismatik, menjadikan kandungan rancangan ini menarik dan mudah diterima oleh khalayak ramai.
Setiap episod bukan sekadar ceramah biasa, tetapi satu perjalanan ilmu yang membuka minda dan menyentuh hati.
Jangan Ketinggalan! Sertai kami setiap pagi sepanjang bulan Ramadan ini. Biarkan Syamsul Debat: Dakwah Santai menceriakan sahur anda dengan ilmu yang mendidik dan bermanfaat.
Bermula 3 Mac hingga 28 Mac 2025, setiap pagi Isnin hingga Jumaat, dari 5.00 hingga 6.00 pagi, bersiap sedia untuk mendapatkan suntikan ilmu agama yang ringan tetapi penuh makna.
Bersedia untuk Ramadan yang lebih bermakna? Jom sahur dengan ilmu!
Must-Watch Video