gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Disindir Rakan Artis? Saidah Kamarudin No Problem! Malas Nak Layan - “Jika Saya Berada Di Tempat Mereka…”
HIBURAN
Isu Bau Badan, Ada Sebab Scha Elinnea Pilih Untuk Tak Tegur - “Saya Rasa Yang Ada Bau Badan Tahu Je Mereka Berbau Cuma…”
HIBURAN
Nabil Ahmad Terkejut Anak Sulung Didakwa Sudah Sedang Bercinta - “Dari Haritu Saya Dengar Orang Cakap…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Full House! Malam Penuh Nostalgia, Konsert 6ixth Sense Hori2ontal Beri Memori Indah Buat Peminat - “Semangat Mereka Buat Kami…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
13/02/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Full House! Malam Penuh Nostalgia, Konsert 6ixth Sense Hori2ontal Beri Memori Indah Buat Peminat - “Semangat Mereka Buat Kami…”
Satu malam yang tidak akan dilupakan peminat yang hadir menyaksikan konsert 6ixth Sense Hori2ontal yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Konsert itu bukan sekadar menjadi sebuah persembahan biasa, tetapi ia satu perayaan ulang tahun ke-20 kumpulan yang telah mencipta pelbagai memori dalam dunia muzik Malaysia.
Dengan kehadiran 2,500 peminat setia, suasana di dewan itu juga dipenuhi dengan semangat, kegembiraan, dan nostalgia.
Mewakili kumpulan, pemain dram iaitu Wan atau Safwan Hasnan meluahkan rasa gembira dan tidak menyangka konsert pada malam itu menjadi ‘full house’.
“Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat peminat setia yang sudi hadir ke konsert kami. Kami memang tak sangka dapat sokongan yang padu pada malam itu.
“Semangat peminat membuatkan kami lagi teruja nak buat persembahan. Kami memang tak sangka malam itu akan jadi ‘full house’… sampaikan ada yang berdiri di tepi pintu.
“Selama seminggu kami berlatih untuk konsert itu dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada peminat,” katanya kepada Gempak.
Selain Wan, kumpulan itu turut dianggotai oleh Adi Priyo Sambodo sebagai vokalis, Mohd Faiz Azizi (Gjie) dan Shahrul Effendy (Athan) di posisi gitar dan Muhamad Fairos (Ayoy) di bass.
Sebagai pembukaan, 6ixth Sense memilih lagu ‘Hikayat Cinta’ dan mereka terus menghanyutkan peminat dengan lagu-lagu seperti ‘Tremendous’, ‘Semanis Cinta’ dan ‘Berjanjilah’.
Boleh dikatakan hampir semua yang hadir turut ‘sing along’ dan ia membuktikan bahawa setiap bait lirik yang mereka sampaikan masih dekat di hati peminat.
Segmen seterusnya yang lebih santai, dengan lagu seperti ‘Tanpa’, ‘Maafkan Ku’ dan ‘Flower’, memberikan peluang kepada penonton untuk menikmati sisi lebih intim kumpulan ini.
Dalam suasana yang lebih tenang, nyanyian Adi diiringi petikan gitar Gjie dan Athan mencipta suasana yang cukup mengasyikkan, seolah-olah membawa peminat kembali ke zaman kegemilangan lagu-lagu tersebut.
6itxh Sense turut mempersembahkan lagu-lagu popular mereka seperti ‘Menyesal’, ‘Pemilik Hati’, ‘Sepi’ dan ‘Tak Bisa Memilihmu’.
Mereka mengakhiri malam tersebut dengan tiga lagu penuh tenaga iaitu ‘7 Kali Malam Minggu’, ‘Yang Sempurnakan Ku’ dan ‘Hari Ini dan Semalam’.
Topic Berkaitan
#6ixth Sense
#Konsert 6ixth Sense Hori2ontal
#Peminat 6ixth Sense
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement