,
Laman Utama

Fuh! Lepas Kahwin Ernie & Syamel Terus Keluar Single Romantis ‘Goodbye Hello’

Fiza Kamarudin
03/04/2021
12:49 MYT
Baru seminggu melangsungkan perkahwinan, pasangan selebriti Syamel dan Ernie muncul dengan single terbaharu romantis berjudul Goodbye Hello.
Menurut Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35), Ernie, idea merakamkan single Goodbye Hello datang daripada Faizal Tahir dan Mike Chan.
“Kedua-dua nama besar ini menyatakan hasrat mereka untuk berkolaborasi dengan kami, dan menurut mereka ia hanya boleh direalisasikan oleh kami berdua.
“Setelah mendengar demo yang diberikan, kami terus terpaut dengan melodi pop moden yang santai dan romantis yang dicipta, selain itu kami juga diberi ruang untuk menulis lirik bersama bagi melengkapkan lagu tersebut.
“Ia amat berlainan dengan lagu-lagu duet kami terdahulu seperti Aku Cinta dan Takkan Terlerai dari segi genre, lirik dan mood yang memerlukan penghayatan lebih berat, manakala dengan Goodbye Hello pula ia membangkitkan perasaan indah dan ceria buat pasangan kekasih atau suami isteri,” katanya.
Kata Ernie lagi proses penghasilan single tersebut berlangsung tiga hari sebelum dia dan Syamel bernikah.
“Jadi bayangkanlah betapa bergegasnya kami mengejar masa, akan tetapi semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.
“Selain itu, rezeki turut menyebelahi kami apabila Syamel dan saya dipelawa untuk membintangi drama komedi bersiri 13 episod bertajuk ‘Kalau Dah Berbini’ yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di saluran Astro Warna,” katanya.
Sementara itu Syamel berkata, proses pembikinan single Goodbye Hello memakan masa selama dua hari untuk disiapkan kerana telah berlangsung ketika negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pada hari pertama, kami berempat berbincang dalam sesi brainstorming mengenai pembahagian rangkap, kemudian hari kedua pula proses rakaman dilakukan, di mana ia memakan masa selama beberapa jam saja, dan banyak yang kami pelajari daripada kedua-dua komposer ternama sepanjang tempoh tersebut,” katanya.
Dalam pada itu Syamel berkata Goodbye Hello merupakan hadiah terbaru buat para peminatnya dan Ernie.
“Alhamdulillah dan syukur, saya dan Ernie, telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri akhirnya, terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan kami dari mula sehingga hari pernikahan.
“Goodbye Hello adalah hadiah terbaru daripada kami berdua buat peminat setelah mendirikan rumah tangga, ia mengenai pasangan kekasih yang tidak akan berpisah selama-lamanya.
“Perkataan Goodbye yang sering kita ucapkan ketika hendak berlalu, kemudiannya dibalas dengan Hello, menggambarkan kemanisan sebuah perhubungan yang tidak akan terlerai kerana ikatan janji yang telah termeterai.
“Kami berharap agar peminat dapat menerima single Goodbye Hello dengan baik kerana ia bukanlah lagu power ballad yang pernah kami bawakan sebelum ini, semoga semua berasa gembira dan terawang-awang mendengarnya,” katanya.
Lagu terbitan Rocketfuel Entertainment dengan kerjasama Faithful Music ini boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.
Selain boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.