,
Laman Utama

Fuh! Dalam Diam Farahdhiya Berkolaborasi Dengan Rapper Korea Selatan!

Fiza Kamarudin
17/02/2022
10:43 MYT
Sudah lama tidak muncul dengan dengan lagu baru, penyanyi dan pelakon Farahdhiya kembali dengan single terbaru berjudul Tewas.
Menariknya, single Tewas telah merubah 360 darjah genre muzik yang sering dibawakan Farahdhiya dalam kebanyakan lagu sebelum ini.
Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) turut menampilkan rapper dari Korea Selatan iaitu Denis dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea.
Percaya akan kualiti lagu ciptaan sepenuhnya oleh Pown Hasril, Karim Karam, Otromen, Nass dan DL itu, Farahdhiya tidak mahu menggunakan pendekatan gimik keterlaluan seperti dilakukan segelintir penyanyi.
“Untuk lagu ini tiada sebarang gimik sebab saya seorang yang ‘simple’ dan ‘straight forward’.
“Jadi nak keluar lagu kita buat cara biasa sahaja. Pada saya jika itu lagu yang bagus, penyanyinya bagus atau produknya baik kalau buat dengan cara yang biasa pun tiada masalah.
“Kadang-kadang kita tengok sendiri orang buat gimik sampai ada yang memalukan diri dan nampak bodoh sehingga dikecam.
“Saya tak sanggup semata-mata nak buat gimik sebegitu dan saya tidak perlukan itu. Bila nak keluar lagu, kita keluarkan lagu sahaja,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu Tewas, Farahdhiya berkata pertama kali mendengar lagu itu dia terus jatuh cinta dan bersetuju untuk merakamkannya.
“Diakui orang mengenali saya dengan lagu balada, jadi ini perkara baharu daripada saya dan saya sangat seronok. Kita pun mengikut peredaran zaman kerana lagu sebegini sekarang tengah ‘in’.
“Pertama kali dapat lagu ini saya terus setuju sebab saya sukakan melodinya yang ‘catchy’. Pada saya lagu sebegini cita rasa orang sekarang. Ini memang satu jenama baharu daripada saya dan saya sangat teruja.
“Ditambah pula lagu ini menggunakan tiga bahasa. Saya fikir ini peluang untuk menjayakan lagu ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Farahdhiya berkongsi jadual kerjaya seninya padat selepas aktiviti seni kembali dibenarkan beroperasi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sejak dibenarkan bekerja semula pada Oktober tahun lalu, Alhamdulillah jadual saya sangat padat sampai sekarang.
“Nyanyian dan lakonan seiring. Saya sibuk menjayakan persembahan korporat dan makan malam. Tawaran berlakon pun tak berhenti.
“Memang agak sibuk sebenarnya sejak mula dibenarkan bekerja semula dan fokus sekarang dengan lagu terbaharu ini. Ada juga beberapa drama yang akan keluar seperti Roti Cicah Susu yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria tak lama lagi.
“Ada juga drama dengan penstriman Viu. Kerjaya saya berjalan dengan lancar Alhamdulillah,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Tewas Tetapi Boleh Berlumba Lagi? Ini Maksud Repechage Dalam Acara Berbasikal

gempak
08/08/2024
11:55 MYT
Pelumba berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang telah tewas kepada wakil Israel, Mikhail Yakovlev, dalam pusingan pertama acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Azizulhasni Tewas Kepada Jeffry Hoogland, Perlu Ke Repechage Untuk Ke Suku Akhir

gempak
08/08/2024
01:11 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, terpaksa akur apabila tewas kepada Jeffry Hoogland dari Belanda dengan catatan masa 9.772 di Velodorm Nasional Perancis sebentar tadi.
Laman Utama

"Dalam Proses Memilih Tarikh Dan..."- Menginjak Usia 40 Tahun, Farahdhiya Dah Tempah Venue Pertunangan?

gempak
25/05/2023
09:41 MYT
Farahdhiya Dah Tempah Pelamin
Laman Utama

Dapat Ilham Ketika Sedang Mandi, Farahdhiya Tujukan Lagu Ciptaan Sendiri Buat Bapa Yang Telah Pergi

gempak
25/10/2022
03:50 MYT
Lagu ciptaan Farahdhiya kini menjadi OST bagi drama Roti Cicah Susu
Laman Utama

“Macam Menunggu Jodoh Yang Tak Kunjung Tiba…”- Penantian Farahdhiya Berakhir

gempak
18/09/2021
11:26 MYT
Farahdhiya kata hatinya berbunga-bunga