,
Laman Utama

Forensik Angkat Kisah Penyiasatan Daripada Kes Jenayah Sebenar, Mula Tayang Malam Ini!

Amri Hassan
10/05/2021
08:18 MYT
Astro terus menyajikan konten-konten hebat dan berkualiti tinggi serantau Asia istimewa buat penonton dalam menikmati pengalaman tontonan bertaraf premium.
Selepas drama Projek: Anchor SPM melabuhkan tirainya pada minggu lalu, saluran Astro Citra membawakan sebuah lagi drama terbaik daripada Singapura, berjudul Forensik untuk tontonan penonton di Malaysia.
Menariknya, drama bersiri lapan episod ini menampilkan kes-kes jenayah sebenar yang sering berlaku di negara tersebut dan ia adalah hasil gabungan sentuhan pengarah terkenal Faisal Ishak yang juga merupakan pengarah karya Aliff Dalam 7 Dimensi, KL Gangster: Underworld 1 & 2, Afi & Abah, Juvana, Nur Kasih, bersama pengarah amat disegani di Singapura, Lee Thean-jeen.
Forensik bakal menemui penonton bermula 10 Mei, setiap hari Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Setiap babak dan adegan penuh saspens digerakkan dengan baik oleh pelakon-pelakon hebat Singapura seperti Yuslina Yussof, Fauzie Laily, Hamidah Salim, Erwin Dawson, Sharon Ismail dan turut menampilkan pelakon cukup berkaliber Malaysia yang juga pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Pembantu Drama Bersiri di Pesta Perdana 2021, Singapura, iaitu Wan Hanafi Su sebagai teraju utama. Forensik merupakan pelibatan sulung pelakon Wan Hanafi Su bersama produksi Singapura.
Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata Astro sentiasa komited menyajikan kandungan yang berkualiti tinggi dari serantau Asia.
"Astro komited menyajikan konten-konten hebat dan berkualiti tinggi serantau Asia. Kali ini pihak kami dengan rasa teruja menyajikan salah satu drama terbaik dari Singapura untuk tontonan penonton di Malaysia.
"Menariknya, Forensik adalah adaptasi daripada siri popular bahasa Inggeris dengan empat musim di Singapura, iaitu Code of Law dan ia merupakan drama Melayu No.1 paling tinggi ditonton di penstriman video-on-demand di Singapura, iaitu meWatch bagi tahun drama tersebut ditayangkan.
"Seiring dengan format Astro Citra yang menampilkan filem hebat blockbuster, kami percaya drama Forensik mampu memberi kepuasan berganda kepada penonton dengan menikmati variasi kandungan daripada negara-negara Asian," katanya.
Drama aksi thriller ini mengisahkan tentang keluarga Ketua Pakar Siasatan Jenayah, Juliana Hamid (lakonan Yuslina Yussof) menangani kes pembunuhan dan berusaha untuk menjaga hubungan dengan Inspektor Razali, (Fauzie Laily).
Ayah Juliana (Wan Hanafi Su) seorang pesara polis yang berjuang menyimpan rahsia tersembunyi. Selain menyelesaikan kes-kes jenayah yang ditugaskan, Juliana juga ingin membongkar misteri di sebalik kematian ayahnya sendiri.
Jangan lupa untuk saksikan drama Forensik di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD), bermula 10 Mei ini, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.